February 22nd, 2015

Tahniah diucapkan kepada Azmil yang menjuarai program Mentor Legend sekaligus membawa pulang RM300,000. Azmil merupakan protege kepada Dayang Nurfaizah. Di tempat kedua ialah Aina yang merupakan protege Ella dan Sarah yang merupakan protege Amy Search berada di tempat ketiga.

keputusan mentor legend

Abang Nara tak sempat tengok Mentor Legend kerana sibuk menjaga anak-anak. Mungkin anda yang menonton program tersebut boleh memberikan komen. Adakah ini satu keputusan yang dijangka berdasarkan persembahan para peserta? Atau ada kejutan yang tak dijangka?

keputusan mentor legend

Apa pun tahniah kepada Azmil, Aina dan Sarah yang memberikan terbaik buat para pengikut Mentor Legend. Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

February 16th, 2015

Akhirnya 3 peserta yang bakal bersaing di pentas akhir Mentor Legend telah pun diketahui. Mereka ialah Azmil, Aina dan Sarah. Ketiga-tiga protege ini akan merebut RM300,000 yang bakal diberikan kepada juara Mentor Legend. Pentas akhir program realiti ini akan berlangsung minggu hadapan pada 22 Februari 2015. Fuh~~~ Tak sabar rasanya!!!
finalis mentor legend

Untuk makluman, Azmil ialah protege kepada Dayang Nurfaizah, Aina protege kepada Ella dan Sarah pula ialah protege Amy Search. Ketiga-tiga peserta telah menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan sepanjang Mentor Legend. Kini hanya tinggal satu langkah lagi untuk menentukan nasib mereka.finalis mentor legend

All the best and good luck untuk semua protege dan mentor. Semoga yang betul-betul berbakat akan menjadi juara. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan semalam? Kongsikan di ruangan komen.

December 24th, 2014

Bagus!!! Ada ciri-ciri seorang penyanyi yang bakal berjaya si Aina ini. Dikritik kerana penampilan umpama makcik-makcik oleh Adlin baru-baru ini, Aina enggan mengambil pusing dan tidak terasa hati dengan kritikan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat melahirkan rasa tak puas hati dengan komen Adlin, nampaknya Aina menerima segala pandangan demi untuk memperbaiki diri di masa hadapan. Bagus betul!!!

aina mentor legend

Kata Aina menerusi portal GUA:-

Komen adalah guru terbaik saya. Semua komen juri dan peminat yang saya terima adalah merupakan satu cabaran buat saya untuk saya berusaha dengan lebih lagi dalam usaha memperbaiki diri. Saya sendiri tak kisah atau terasa hati apabila dikatakan berpenampilan macam makcik-makcik kerana bagi saya, fesyen boleh diperbaiki. Apa yang penting, saya terima semua komen untuk penambahbaikan dalam diri saya

Sementara itu mentor Aina iaitu Ella turut meluahkan perkara yang sama iaitu tetap menerima komentar daripada Adlin. Kata Ella:-

Saya berterima kasih atas teguran itu. Berkenaan dengan imej Aina, selepas ini saya dan pasukan akan meneliti gaya dan cara fesyen yang bersesuaian dengan Aina dan umur Aina. Kami akan cuba beberapa gaya hijab dan fesyen untuk Aina gayakan. Pada masa yang sama, kami tak mahu apa yang kami pakaikan pada Aina melanggar batas-batas Aina sebagai seorang gadis yang mengenakan hijab. Jadi selepas ini kami akan mengambil berat mengenai teguran itu

Untung Aina ada mentor yang sehebat Ella. Dengar kata-kata Ella pun dah tau betapa luasnya pengalaman ratu rock ini. Diharap gaya hijab dan fesyen yang akan dikenakan oleh Aina pada minggu ini tidak melampaui batas sehingga menyakitkan mata. Kalau maintain fesyen minggu lalu pun okay dah. Sedap mata memandang. Tak gitu? Apa pula pandangan anda?

P.S: Punca banjir besar di Pantai Timur

December 22nd, 2014

Siapa tengok Mentor Legend semalam? Mesti ramai kan? Dan pasti ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen Adlin Aman Ramlie mengenai tudung Aina yang merupakan protege Ella. Agak terkejut juga Abang Nara mendengar komen Adlin. Malah reaksi yang ditunjukkan oleh penonton di studio juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh Adlin. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kot.

komen adlin aman ramli

Antara bait-bait komen yang dikeluarkan oleh Adlin ialah ‘nampak macam makcik-makcik, ustazah tiba-tiba menyanyi‘. Secara jujur, Abang Nara lihat Aina comel sahaja dengan tudung yang digayakan. Tak adalah melampau macam penyanyi-penyanyi lain. Lagipun memang sesuai dengan wajah Aina. Ikuti komen Adlin di bawah:-

 


Berdasarkan komen-komen yang dikeluarkan oleh penonton Mentor Legend semalam, ramai yang tidak gembira dengan kritikan mengenai tudung yang dikeluarkan oleh Adlin. Antara komen-komen yang menarik ialah:-

komen adlin aman ramli

Makcik-makcik sekarang punya gaya tudung pun silap-silap haribulan boleh kalah anak dara dibuatnya. Tak gitu? Diharapkan Aina tidak menukar gaya tudungnya dalam konsert Mentor Legend minggu hadapan. Percayalah imej tudung anda ini dah sesuai dengan anda. Ramai yang sukakannya. Teruskan imej sebegini. Cantik dan sedap mata memandang. Apa komen anda?