December 31st, 2019

Sudah pun hampir ke penghujung tahun 2019, nama penyanyi Aiman Tino hangat diperkatakan apabila sekali lagi video lucah seorang lelaki miripnya kembali bertebaran di Twitter. Video berdurasi 45 saat itu, memaparkan individu tersebut melakukan aksi mengghairahkan dalam bilik yang sama seperti kali pertama video itu tular pada Mac lalu.

video lucah aiman tino

Menafikan dia adalah lelaki dalam video berkenaan, Aiman menganggap kontroversi  yang berulang itu adalah dugaan dalam hidupnya. Tambahnya, isu penyebaran video tidak senonoh melibatkan artis sudah banyak kali berlaku dan mungkin salah satu taktik pihak tertentu mengenakan artis dan pada masa yang sama mengaut keuntungan.

Bagi saya ini dugaan dalam hidup dan perkara sudah berlaku. Lagipun, ini cerita lama dan orang sudah lali. Bukan saya seorang yang kena, ada ramai lagi artis kena perkara sama. Boleh jadi ini adalah ‘scam’ yang mana ada kumpulan tertentu sengaja nak mengenakan artis.

aiman tino

Apabila terjadi sekali lagi pada saya, pemikiran orang kita pun tetap sama. Mereka pun tahu sejauh mana kebenarannya.

Pada masa yang sama, Aiman menafikan komputer riba miliknya yang dicuri selepas kereta Perodua Myvi miliknya dipecahkan di Kampung Melayu Subang, Selangor pada 5 September lalu mengandungi video lucah itu seperti yang didakwa.

aiman tinoAiman nekad untuk mencari dalang sebenar di sebalik penyebaran video tersebut dan dia akan meneruskan semula laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro & Forum CARI

Advertisement
March 19th, 2019

Sebagai seorang selebriti yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan pernah juga terpalit dengan kontroversi video lucah, pelakon Syafiq Kyle menasihatkan Aiman Tino selalu berfikiran waras dan tidak terlalu tertekan.

Menurut Syafiq, apa yang paling penting adalah sokongan daripada keluarga. Manusia ini tidak sempurna tetapi ia tidak bermakna netizen boleh menjatuhkan hukuman terhadap setiap apa yang dilakukan oleh seseorang itu.

Saya tiada nasihat apa-apa untuk diperkatakan kerana mereka boleh berfikir dengan baik, waras tanpa tekanan. Cukup hanya dengan mendapat sokongan daripada keluarga, itu paling penting saya rasa.

Saya tidak boleh cakap apa, kita pun sudah banyak lalui masalah. Bukan hanya pasal industri, banyak lagi perkara besar seperti penipuan dan rasuah.

Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan apa yang telah dilakukan oleh individu tersebut. Kita sepatutnya tengok pada diri sendiri apa yang akan dilakukan ataupun telah dibuat. Cukup ke kita untuk menasihati ataupun berkongsi pendapat, sedangkan diri sendiri tidak pasti betul atau tidak apa sebenarnya sedang dilakukan.

Terdahulu, viral video lucah seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip Aiman. Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan bahawa lelaki didalam video itu adalah dirinya. Aiman dengan tegas berkata beliau tidak akan pernah memalukan diri sendiri demi publisiti murahan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
March 12th, 2019

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai penyebaran video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip dengan penyanyi Aiman Tino.  Ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual video tersebut.

Rata-rata netizen tertanya adakah benar lelaki dalam video tersebut adalah Aiman? Timbul dakwaan bahawa terdapatnya persamaan latar belakang video tersebut dengan bilik tidur penyanyi itu.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, akhirnya Aiman mengeluarkan kenyataan memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan video lucah tersebut.

Buat masa ini, Aiman dan pihak pengurusannya sedang berusaha untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula artis dihimpit kontroversi dengan penyebaran video lucah, nampaknya macam ada sindiket yang seakan cuba untuk menjatuhkan mereka dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Apa-apa pun, kami harap Aiman tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpanya ini.

Advertisement