October 7th, 2015

Melihat kepada kesungguhan suaminya Bade Hj Azmi untuk terus mempertahakan rumah tangga mereka, pengarah terkenal Erma Fatima membuat keputusan untuk menarik balik permohonan cerai beliau meskipun pada awalnya beliau nekad untuk berpisah.

Malah Erma menjelaskan mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah rumah tangga tetapi ada beberapa punca berkaitan perkahwinan mereka yang membuatkan Erma ingin bercerai.

Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat pada tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh  mahu menjaga hubungan kami. Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami.

Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami. Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Jika sebelum ini Erma kelihatan begitu mesra dan menerima kehadiran madunya, Aida Abdul dengan baik, kini Erma mengakui beliau tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Aida.

Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi.

Erma dan Bade sepatutnya hadir ke mahkamah hari ini dan membawa wakil lelaki didalam keluarga mereka mahupun teman rapat bagi menjalani proses pendamaian.

Alhamdullilah, berkat doa semua peminat dan Bade yang tegas ingin mempertahankan rumah tangganya akhirnya melembutkan hati Erma Fatima untuk tidak meneruskan niatnya untuk bercerai. Semoga selepas ini mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan hidup bahagia bersama kembali.

Sumber Berita: mStar Online

June 2nd, 2014

Putih mulus, cantik menarik dan jelita menawan sungguh isteri kedua Bade yang bernama Aida Abdul ini. Berusia 30-an, Aida Abdul dan Bade telah bernikah pada April lalu dan majlis persandingan telah berlangsung di Cherating pada 27 Mei lalu. Turut hadir ialah Datuk Rosyam Noor dan isteri. Bade dan Aida nampak sama cantik sama padan di hari bahagia mereka.

aida abdul isteri bade

Menurut Bade, isteri pertamanya, Erma Fatima masih belum berkesempatan bertemu dengan madunya kerana berada di Sepanyol untuk penggambaran. Kata Bade menerusi Kosmo:

Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan

Kita sudah pun membaca yang perkahwinan kedua Bade ini direstui oleh Erma Fatima. Jadi tiada erti kecurangan, kahwin senyap-senyap dan sebagainya. Semoga Bade berbahagia di samping isteri baru. Jangan lupakan tanggungjawab pada isteri pertama. Berlakulah seadil yang boleh. Apa pun, selamat pengantin baru buat Bade.