Written by Bella | December 6th, 2019

Sebelum ini, Ahmad Idham mencetuskan kontroversi apabila menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix. Menurutnya, ramai ibu bapa yang bimbang sekiranya kandungan yang tidak bertapis, berunsur lucah boleh merosakkan akhlak golongan muda.

ahmad idham direhatkan ceo finas

Tiba-tiba sahaja tidak lama selepas itu, dia mengumumkan pula penstriman baharu untuk filem tempatan dikenali sebagai Aflix. Ramai juga netizen yang berang sehingga timbul pelbagai spekulasi mendakwa FINAS mempunyai agenda tersendiri untuk menyekat kandungan di Netflix.

Terbaru, timbul desas-desus tentang pengunduran Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

ahmad idham aflixaflix

Malah, dalam perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan FINAS di Hulu Kelang pada Selasa lalu, Ahmad Idham mengumumkan dia akan mula bercuti minggu depan selama tiga bulan. Menurut satu sumber, Ahmad Idham tidak akan kembali lagi ke FINAS selepas Mac tahun depan.

Berdasarkan situasi masa kini, sepertinya Ahmad Idham tidak akan kembali lagi ke FINAS selepas Mac depan. Alasan yang diberikan Ahmad Idham beliau mahu selesaikan urusan peribadi, namun jawapan itu mencetuskan banyak persoalan.

ahmad idham

Ahmad Idham ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan dia akan bercuti selama tiga bulan tetapi enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi perkhidmatannya bakal ditamatkan. Dia menyerahkan perkara itu kepada pihak yang berkuasa.

Sumber Berita : Astro Awani

Written by Irsa | November 18th, 2019

Baru-baru ini kecoh apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix.

Ahmad Idham iaitu Pegawai Eksekutif Pemasaran bagi perbadanan itu turut tampil dan memberikan kenyataan mengenai isu ini menerusi laman Twitternya. Katanya, platform Netflix ini adalah berbahaya kerana ada antara kandungan yang ditayangkan tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

Walaupun cuba menerangkan niat baik disebalik usahanya itu, segelintir netizen telah menolak cadangan tersebut. Ini kerana, platform Netflix memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menyelia kandungan apa yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka menerusi tetapan ‘parental controls’.

Tak cukup dengan itu, kebanyakan netizen turut menyelar cadangan Ahmad Idham untuk menapis naskhah di Netflix kerana filem yang dikeluarkan olehnya juga boleh dikategorikan sebagai berkualiti rendah. Lihat sajalah tema yang diangkat oleh pengarah itu, mesti cerita tentang bohsia, rempit dan keganasan!

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix

Netizen juga berharap agar FINAS memberi fokus untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan bukannya asyik menggunakan plot dan tema yang sama bagi setiap naskhah. Kadang-kadang, inti pati filem yang dikeluarkan juga tidak sesuai ditonton oleh orang ramai.

Sumber: Twitter

Kredit foto: MalaysiaKini

Written by Bella | March 14th, 2019

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Nadzri telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa Isnin lalu.

Berita pelantikan itu disahkan oleh menteri Kementrian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo. Ahmad Idham menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas sebagai CEO sejak empat bulan lalu.

Ahmad Idhammemiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), mempunyai kepakaran dan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif.

Antara filem yang telah diarahkannya adalah Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit, Remp -It, Hantu Wangan dan Mr Cinderella.

Tahniah kami ucapkan kepada Ahmad Idham, semoga beliau dapat membangunkan lagi industri kreatif dan hiburan di tanah air.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | April 6th, 2018

Tindakan penerbit dan pengarah Ahmad Idham mengadakan sidang media khas bersama Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berpendapat filem Dukun tidak sesuai untuk tayangan umum kerana memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan penuh unsur tahyul yang boleh menyesatkan, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Mereka berpendapat Ahmad Idham sengaja mencetuskan isu tersebut kerana filem berunsur kehidupan bomba iaitu Qhaliq terbitan beliau ditayangkan pada hari yang sama dengan Dukun.

Selepas mencetuskan perdebatan hangat, Ahmad Idham akhirnya membuat keputusan untuk menarik balik tayangan filem Qhaliq dan ia telah pun diluluskan oleh FINAS.

Ramai netizen berpendapat, pengarah itu sebenarnya takut untuk bersaing dengan filem Dukun. Umum mengetahui beberapa filem terbitan beliau sebelum ini kurang mendapat sambutan. Walaubagaimanapun, Ahmad Idham menafikan dakwaan tersebut.

Bukan isu takut bro.Kita sedia maklum yang Dukun, filem Astro yang mempunyai bajet promosi besar dan kita tak perlu pun berlaga sebab banyak lagi tarikh kosong. Jadi untuk membuktikan pada semua yang kita sesama industri tolak ansur, bagilah Dukun sepenuhnya panggung. Kalau tak, pawagam pun problem.

Tarikh baru untuk tayangan filem Qhaliq masih belum ditetapkan lagi. Buat masa ini, Ahmad Idham menyeru untuk orang ramai terus menyokong filem Dukun yang sememangya dinantikan selama 12 tahun.

Sumber Berita : Sinar Harian