June 5th, 2011

Sumpah kesian tengok Erul sudah seolah-olah sujud syukur meraikan kejayaannya ke konsert final AF9. Sayangnya antara 2 nama yang disebut, hanya Hazama sahaja yang layak dan Erul gagal melayakkan dirinya ke konsert final. Nampaknya 4 pelajar akan bertarung di final iaitu Azri, Lena, Hazama dan Fina.

Dan baru sebentar tadi Abang Nara terbaca kemungkinan wujud unsur mistik di dalam AF9. Menurut Joe Lee, banyak tanda-tanda kewujudan unsur sihir sepanjang AF9 ini berlangsung. Kata Joe Lee:

Eka yang pandai menari, tiba-tiba naik bengkak kaki. Afif sebelum tersingkir sudahpun mengadu sakit gigi yang pelik berulang kali. Fina sendiri pernah hilang suara selama seminggu, manakala Hazama pula mengadu terasa pelik setiap kali mendekati waktu persembahan. Itu belum masuk cerita Amir muntah keluar rambut, ataupun Kay yang tiba-tiba demam pelik, dan pelbagai lagi masalah kesihatan pelik yang menghantui Azri dan yang lain. Yang tambah pelik, dengan tersingkirnya masing-masing, tuan badan mengadu yang sejurus mereka mereka mengusung beg meninggalkan Akademi Fantasia, terus keadaan mereka sihat seperti sediakala.

Memang bunyinya agak tidak masuk akal, tetapi kemungkinan besar unsur mistik memang benar-benar wujud di dalam AF9. Tak logik pulak kalau semua orang boleh sakit dalam satu masa yang sama kan? Abang Nara tak berani nak tunding jari kepada sesiapa, tetapi berharap agar pihak penyelia AF9 boleh memberikan pendinding kepada pelajar-pelajar AF9 untuk mengelakkan perkara tak elok sebelum konsert final AF9.

Apa pun tahniah kepada Hazama, Fina, Azri dan Lena yang berjaya melangkah ke final. Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara AF9 yang merupakan Akademi Fantasia terakhir.

May 17th, 2011

mentor dan af9

Rancangan hiburan yang paling mencuri tumpuan tahun ini selain daripada Maharaja Lawak sudah tentulah AF9 dan Mentor 5. Kedua-duanya ada pengikut mereka yang tersendiri. Cuma Abang Nara tertanya-tanya apakah citarasa pembaca BeautifulNara. Adakah anda merupakan pengikut Mentor 5 atau pengikut AF9?

mentor dan af9

Daripada yang Abang Nara dengar-dengar, rasanya lebih ramai yang menyukai dan mengikuti perkembangan program Mentor 5 berbanding AF9. Kemungkinan besar sebabnya ialah kewujudan mentor-mentor yang popular seperti Datuk Sharifah Aini, Erra Fazira dan Afdlin Shauki yang turut menyanyi bersama-sama protege mereka. Manakalah untuk AF9, kekuatannya sudah tentu kepada pengacara paling popular Malaysia, Aznil Haji Nawawi.

mentor dan af9

Dari segi pelajar-pelajar, kedua-duanya memang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma mungkin program Mentor mempunyai sedikit kelebihan kerana protege yang tidak terlalu ramai. Jadi penonton-penonton dapat diberi masa untuk menilai kekuatan protege-protege yang bertanding. Ini kerana setiap minggu hanya 3 protege sahaja yang akan bertanding. Adakah format pertandingan Mentor lebih baik daripada format pertandingan AF9?

mentor dan af9

Jadi Abang Nara nak tahu sedikit pandangan korang. Kalau sudi, undilah di bawah ini. Dan lagi best kalau ada yang sudi berkongsi pendapat di ruangan komen. Luahkan apa yang telah terpendam dalam jiwa anda. Jangan simpan-simpan. Mana tahu ada pihak berkenaan yang membacanya.


Undi jangan tak undi.

May 2nd, 2011

Awesome gila Fina nyanyi lagu All By Myself dalam konsert AF9 minggu 4. Meremang bulu roma Abang Nara dibuatnya. Tak sia-sia Fina masuk menggantikan kakaknya, Aida. Memang ada aura juara. Adakah Fina bakal bergelar juara AF9 yang merupakan AF terakhir? Apa pendapat anda?

Minggu ke 4 menyaksikan peserta lelaki iaitu Raqib tersingkir. Abang Nara tak sempat nak layan keseluruhan konsert AF9 kali ini so tak boleh nak komen persembahan Raqib. Tapi daripada apa yang dibaca, kemungkinan besar pertarungan sengit untuk bergelar juara bakal berlaku di antara Erul dan Fina. Tak gitu?

April 23rd, 2011

af9

Terbaik. Maksud Abang Nara bukan konsert ke 3 AF9 ini terbaik. Yang terbaik ialah komen-komen pedas, jujur, ikhlas dan tiada segan silu daripada Kak Ogy. Memang inilah yang kita perlukan selama ini di dalam mana-mana pertandingan hiburan. Tak kiralah Mentor ke, Raja Lawak ke. Selama ini juri-juri suka sangat cakap berlapik sehinggakan para peserta buat derk dan tiada peningkatan. Tetapi hari ini Kak Ogy telah menyampaikan apa yang terbuku di hati jutaan para penonton AF9. Tahniah Kak Ogy.

Minggu ke 3 Konsert AF9 ini menyaksikan Miza tersingkir. Manakala Operasi Gugur pula menyaksikan Aida dan Amir digugurkan. Aida boleh dikatakan diganti terus dengan adiknya Fina yang memang superb vokalnya minggu lepas. Manakala Hazama pulak mendapat tempat di AF9 dengan tergugurnya Amir.

Ramai yang tak bersetuju dengan kemasukan Hazama kerana Hazama sebenarnya sudah boleh dikira sebagai artis di Malaysia ini. Untuk anda yang tak tahu, Hazama seringkali menjadi vokalis kumpulan Meet Uncle Hussein. Bagi sesetengah orang, AF9 bukan tempat yang sesuai untuk Hazama kerana dia sudah pun ada pengalaman di dalam dunia hiburan sebenar. Apa pulak pendapat anda?

Apa-apa pun, kejutan AF9 kali ini bukannya wujud Operasi Gugur, tetapi bangkitnya juri-juri dengan diketuai oleh Kak Ogy mengeluarkan kritikan-kritikan yang lantang dan pedas kepada peserta-peserta AF. Segar sikit mata dan telinga Abang Nara mendengar kritikan membina dari mereka. Harap kritikan telus sebegini akan berterusan di minggu-minggu hadapan.