November 18th, 2013

Selepas 10 minggu berentap di atas pentas AF2013, akhirnya Faizul dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Dengan kemenangan tersebut, Faizul membawa pulang  hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
faizul juara afPasangan duo Azhael yang diserap masuk menerusi AFMASUK pula berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Tempat ketiga dimenangi oleh Amira yang menerima RM20,000 dan Indah pula mendapat tempat keempat serta RM10,000 sebagai hadiah.

faizul juara af

Tempat kelima dan keenam masing-masing dimenangi oleh Nabila dan Aisyah. Sebelum ini Nabila dikatakan mampu membuat kejutan kerana undiannya yang sentiasa berada di kelompok tertinggi. Jadi apa kata anda? Adakah anda menonton konsert akhir AF2013 semalam? Adakah pelajar AF2013 kali ini bermutu? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan bersama.

November 14th, 2013

Abang Nara memang tak layan Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Namun Abang Nara mengikuti perkembangan rancangan realiti ini secara online. Agak kecewa juga diri ini dibuatnya apabila pengumuman mengenai AFMASUK dilakukan. Bukan apa, katanya AF2013 serba baharu, lebih kejutan dan lain daripada AF sebelum ini. Nampak gaya AF2013 masih sama seperti AF AF yang sebelum ini.

afmasuk azhael

Kemungkinan besar AFMASUK dilakukan kerana tersingkirnya pasangan duet Azhael pada minggu lalu. Ramai yang menggemari pasangan ini namun ternyata undian tidak mencukupi buat mereka berdua. Daripada apa yang Abang Nara baca, banyak pihak yang mempertikaikan kualiti Nabila. Namun entah bagaimana, undian Nabila sentiasa tinggi sehingga berjaya ke konsert akhir.

afmasuk azhael

Tidak mungkin ada manipulasi undian dilakukan kerana daripad apa yang Abang Nara ketahui, sebelum keputusan diumumkan, jumlah undian akan diaudit terlebih dahulu. Jadi ini bermakna memang Nabila mendapat undian yang banyak. Adakah Nabila akan terus kekal dan bergelar juara? Saksikan konsert final AF2013 Ahad ini untuk mengetahui apa yang bakal berlaku.

September 8th, 2013

Selepas lama berdolak-dalik, akhirnya semalam kemunculan Zizan Razak di Konsert Prelude AF 2013 mengesahkan dirinya adalah pengacara bagi rancangan realiti Astro ini. Memang Zizan nampak agak gementar dan sering tersasul, mungkin Zizan masih tidak dapat membiasakan diri mengacarakan rancangan sebegini secara berseorangan. Apa pun masih banyak boleh diperbaiki oleh Zizan di minggu-minggu seterusnya.
zizan
Selain Zizan, barisan juri-juri turut sama mencuri perhatian. Kali ini AF 2013 menampilkan Roslan Aziz, Sharifah Amani dan Edry KRU. Apa yang Abang Nara nampak kritikan daripada Roslan Aziz nampak lain daripada yang lain. Diharap para juri tidak takut untuk memberi kritikan pedas sekiranya pelajar-pelajar AF 2013 tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
zizan
Ikhlas Abang Nara katakan, diri ini hanya menonton AF 2013 selama 15 minit sahaja semalam. Tiada kelainan yang ditampilkan. Kalau pihak Astro menjangkakan dengan menukar pengacara boleh mengembalikan seri program ini, pihak Astro tersilap besar. Masih terasa hambar dan para pelajar AF yang dipilih pun tiada “wow factor”. Kesemuanya nampak biasa-biasa sahaja.
zizan
Cuma apa yang menarik kali ini ialah kehadiran Aisyah, adik kepada Aliff Aziz yang berasal dari Singapura. Mungkinkah juara AF kali ini akan beralih kepada rakyat Singapura? Siapa tahu kan? Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada perubahan yang lebih menarik atau tidak bagi AF kali ini.

August 23rd, 2013

Sudah tentu yang mencuri tumpuan ketika sidang media sesi memperkenalkan tenaga pengajar AF2013 ialah kehadiran Datuk Siti Nurhaliza. Memang beruntung sangat-sangat para peserta Akademi Fantasia kali ini. Bukan senang mendapat peluang mendapat tunjuk ajar daripada penyanyi nombor 1 Malaysia.

af2013

Namun tenaga-tenaga pengajar lain juga tidak kurang hebatnya. Faizal Tahir, Melly Goeslaw, Shafizawati Sharif sebagai guru vokal, Alam Wakaka dan Suhaili sebagai koreografer serta Fizz Fairuz sebagai guru seni persembahan. Hebat-hebat bukan?

siti

Mampukah aura tenaga-tenaga pengajar ini mengembalikan kegemilangan Akademi Fantasia? Tak sabar juga Abang Nara untuk menyaksikan AF kerana konsep rancangan realiti ini khabarnya diubah 100%. Sama-samalah kita nantikan. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013
af2013