August 5th, 2013

Patutlah agak lama tidak mendengar perkembangan terbaru mengenai pelakon hebat, Adi Putra ini. Rupa-rupanya Adi sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Semoga segala amal ibadah yang dilakukannya diterima lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

adi umrah

Turut sama menunaikan umrah bersama Adi Putra ialah Dato Muzri, Taufik Nong serta Imam Muda Hizbur. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Adi Putra membuatkan Abang Nara pun terasa ingin pergi ke sana. Mesti seronok sangat-sangat.

adi umrah

Lagi beberapa keping gambar Adi Putra menunaikan umrah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kit MUGEN untuk Honda Jazz/Fit 2014 mula kelihatan

adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah
adi umrah

January 18th, 2013

Pergh ~~ Makin ramailah yang teruja untuk menonton drama Sehangat Asmara lakonan hebat Adi Putra dan Rita Rudaini ini. Mana taknya, ada babak romantis seperti Adi Putra mencium dahi dan mendukung Rita Rudaini. Confirm ramai yang teruja kan?

rita dan ady sehangat asmara

Memang sekali tengok inilah pasangan pelakon yang sangat padan untuk melakonkan watak suami isteri seperti di dalam novel Sehangat Asmara. Berkata kepada Kosmo, Adi Putra melahirkan rasa kagumnya terhadap keprofesionalan Rita Rudaini:-

Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya. Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal.

rita dan ady sehangat asmara

Sementara itu Rita mengakui yang pada mulanya agak sukar untuk mencari keserasian dengan Adi Putra. Ini kerana Adi merupakan seorang yang pendiam. Namun selepas seminggu, semua itu sudah bukan satu masalah lagi. Kata Rita:-

Ini kali ketiga berlakon bersama Adi. Cuma, sebelum ini adegan bersama Adi tidak banyak tetapi dalam Sehangat Asmara kami berlakon sebagai suami isteri. Mula-mula susah juga nak dapatkan keserasian dengan Adi kerana saya tidak mengenalinya dengan rapat. Lainlah dengan Rosyam dan Aqasha sebab kami memang berkawan jadi untuk membina keserasian di set penggambaran adalah mudah. Mula-mula memang rasa canggung tetapi selepas seminggu penggambaran baru boleh ‘masuk’ dengan dia (Adi).

rita dan ady sehangat asmara

Kepada peminat novel hasil nukilan Aisya Sofea ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton drama Sehangat Asmara menerusi saluran Astro anda. Mungkinkah drama ini akan mengulangi fenomena Adam & Hawa? Sama-samalah kita nantikan. Lagi 13 keping gambar sekitar sidang media drama Sehangat Asmara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BlissCandid.

rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara
rita dan ady sehangat asmara

December 14th, 2012

Nampaknya peminat novel nukilan Aisya Sofea akan bergembira apabila salah satu novel hitnya iaitu Sehangat Asmara bakal keluar di dalam bentuk drama tidak lama lagi. Baru-baru ini kesemua pelakon dan krew drama ini telah pun ke Australia untuk menjalani penggambaran.

drama sehangat asmara

Selain daripada Ady Putra dan Rita Rudaini, Izreen Azminda turut menjadi teraju utama drama ini. Anak sulung Rita Rudaini, Rayyan turut sama dibawa oleh ibunya untuk menikmati keindahan bumi Australia. Makin lama makin comel nampaknya Rayyan nie.

drama sehangat asmara

Lagi 13 keping gambar sekitar penggambaran drama Sehangat Asmara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Anda boleh LIKE Facebook Drama Sehangat Asmara untuk perkembangan terkini tentang drama ini.

drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara
drama sehangat asmara

October 25th, 2012

Semalam, Adi Putra telah pun mengumumkan kehadiran anaknya, Zara Adelia Haadi menerusi laman Twitter. Pengumuman mengejut ini telah menimbulkan persoalan di kalangan para peminat Adi Pura. Tidak lama kemudian, Adi Putra mengesahkan yang Zara adalah anak angkat.

anak angkat adi putra

Semoga dengan penjelasan ini, tiada lagi persoalan yang akan timbul di benak fikiran anda. Apa pun tahniah diucapkan kepada Adi dan isteri. Abang Nara pernah dengar kisah suami isteri yang masih tidak mendapat anak, kemudian mereka mengambil anak angkat. Tidak lama kemudian si isteri disahkan mengandung. Rezeki si anak angkat barangkali.
anak angkat adi putra

Semoga Adi Putra dan isteri akan menjadi ayah dan ibu yang baik. Sama-samalah kita doakan. All the best dan good luck untuk mereka berdua.