May 16th, 2018

Selepas lebih setahun melahirkan anak pertamanya, kini penyanyi Adira Suhaimi sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu diumumkan oleh Datuk Red sendiri yang mengesahkan kandungan isterinya itu sudah memasuki lima bulan dan dijangka akan bersalin sekitar bulan September depan.

Datuk Red sangat bersyukur dengan kurniaan terindah ini dan untuk pengetahuan anda, ini adalah anak ke lapan buat beliau. Malah, usahawan ini memang mahukan anak yang ramai dan kalau boleh sehingga 20 orang cahaya mata.

Alhamdulillah, rezeki Allah Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah. Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua. Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki.

Foto baby bump Adira yang sedang hamil anak kedua

Pasangan ini bernikah di Songkhla,Thailand pada 3 Disember 2015 selepas hanya tiga minggu berkenalan. Mereka menimang cahaya mata pertama iaitu Anggerik yang dilahirkan pada 10 Mac 2017.

Datuk Red juga mempunyai empat orang cahaya mata bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim ataupun lebih dikenali sebagai Datin Red.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

November 21st, 2016

Sedang hamil enam bulan, penyanyi Adira mengesahkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.  Adira mengetahui jantina anak didalam kandungannya itu selepas melakukan ujian “ultrasound” baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Adira memberitahu beliau dan suamiya, Datuk Red tidak kisah dengan jantina anak mereka dan mementingkan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan pada bulan Mac tahun hadapan.

Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti. Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.

Biasanya wanita yang sedang hamil pasti akan mengidam sesuatu yang agak unik tetapi buat Adira beliau hari-hari hendak makan kari mamak.

Tetapi apabila usia kandungan mencecah enam bulan saya tidak mengalami alahan tetapi sering mengidam hendak makan kari mamak sampai kadang-kadang tidak mengira waktu. Nasib baik restoran mamak banyak jadi tidak susah untuk mencari makanan tersebut.

Sejak mengandung, Adira turut berkongsi beliau kini gemar berkebun dan membela ikan didalam kolam dirumahnya. Ia mengingatkan Adira dengan suasana kampungnya di Kundasang, Sabah.

Alhamdullillah, baik anak lelaki mahupun perempuan ia tetap anugerah terindah buat Adira dan suami. Benar kata Adira, apa yang penting ialah anak didalam kandungannya sihat dan cukup sifat.

Sumber Berita : mStar Online

October 28th, 2016

Umum mengetahui penyanyi Adira kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami Datuk Red. Meskipun usia kandungan beliau bakal mencecah lima bulan pada 3 November depan, Adira bagaimanapun tidak terlalu “berkepit” dengan suaminya dan ingin menjaga hati madunya.

Menurut Adira, mengandung bukanlah kelebihan untuk beliau mendapat layanan istimewa daripada Datuk Red. Sebaliknya, kasih sayang suaminya itu diberikan sama rata.

Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain.

Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil.

Adira akui beliau tidak terganggu dengan perkara berkenaan, tetapi di peringkat awal kehamilan beliau lebih gemar untuk bersendirian dan tidak memikirkan hal kerja mahupun berada di tempat yang bising.

Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising. Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.

Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala.

Adira pada masa yang sama memberitahu beliau mengalami alahan yang agak teruk selain selera makannya juga bertambah.

Hidup bermadu ini kena tanamkan sifat bertolak ansur dalam diri selain tidak boleh mudah berkecil hati kerana kasih sayang suami harus dibahagi dengan adil. Memang bercakap itu mudah daripada melakukannya tetapi itulah hakikatnya bukan? Apa yang penting, Datuk Red dapat berlaku adil terhadap Adira dan Datin Red.

Sumber Berita : Harian Metro

August 16th, 2016

Bila Adira berkahwin dengan seorang usahawan yang berpangkat iaitu Dato Red, ramai yang membuat andaian mereka sendiri yang mungkin Dato Red menggunakan kekayaan beliau untuk membuat Adira terpikat dengannya.

Namun, semua itu tidak benar sama sekali. Dato Red memberitahu sebelum berkahwin beliau hanya terpikat dengan keikhlasan hati Adira dan sedikit pun tidak menggunakan wang ringgit untuk memiliki hati Adira.

Ketika pertama kali mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong ringgit. Apa yang penting isteri-isteri saya sangat memahami. Itu sudah cukup melegakan.

Sebab itu saya tidak kisah pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini faham.

Oeh itu, Dato Red berharap tiada lagi orang yang akan mengecam Datin Red dan Adira lagi kerana mereka berdua adalah isteri yang baik dan segala kontroversi hanya berpunca daripada dirinya sendiri.

Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang.

Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah.

Pada masa yang sama, Dato Red mengakui ia adalah detik terindah buat beliau apabila Adira disahkan hamil. Lebih membuatkan beliau bahagia ialah apabila Datin Red turut menasihati Adira untuk menjaga kandungannya yang lebih baik. Ia membuatkan Dato Red melupakan segala kemelut rumah tangganya.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE