March 27th, 2018

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan ataupun lebih dikenali sebagai Instafamous Little Miss Khan tampil mohon maaf kerana memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung seperti dalam sebuah video yang viral sebelum ini. Antara ayat Ameera yang mendapat kecaman netizen ialah “Samsung? Eww”.

Sedar ramai yang tersinggung dengan isu terbabit, Ameera menjelaskan beliau tidak fikir dan sedar apa yang keluar dari mulutnya ketika itu serta terlalu selesa berada di hadapan kamera.

Ameera juga menegaskan beliau tidak pernah berniat untuk menimbulkan kemarahan orang ramai.

Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu jenama, janganlah tunjuk sangat rasa itu. Harapnya Ameera akan lebih berhati-hati ketika menjawab soalan ataupun berkata-kata selepas ini. Janganlah hanya dikenali kerana kontroversi sahaja kan?

March 27th, 2018

Baru-baru ini viral seorang Instafamous dan juga adik kepada selebriti popular yang menimbulkan kemarahan ramai apabila memperlekehkan sebuah jenama telefon pintar. Pelbagai kecaman yang diterima oleh individu terbabit.

Isu itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang meyifatkan tindakan Instafamous itu tidak matang. Tidak perlu terlalu menunjuk sekiranya kurang gemar dengan jenama berkenaan.

Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk. Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama.

Walaubagaimanapun, Janna berpendapat isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi dan kenyataan yang dikeluarkan itu hanya bersifat peribadi.

Sumber Berita : BH ONLINE