March 18th, 2020

Siapa yang tidak kenal dengan adik beradik popular, The Melvins Sisters. Bukan sahaja cantik tetapi mereka juga bijak mencorak kehidupan masing-masing dan mempunyai keunikan tersendiri.

the melvins sisters

Baru-baru ini, video Syatilla, Syafiqa dan Syida menari Tiktok sambil mempromosikan produk kosmetik mereka dikecam ramai.

Aksi mereka didakwa kelihatan kurang sopan apatah lagi saat melihat Syatilla menari gelek dan ada momen seluarnya hampir terlondeh.

Semakin menggedik, pelik & over

adik beradik syatilla melvin tiktok

adik beradik syatilla melvin tiktok adik beradik syatilla melvin tiktok

Rata-rata netizen kurang senang dengan gelagat yang dipamerkan dan menyifatkan tindakan mereka tidak manis dilakukan oleh seorang wanita muslimah yang berstatus isteri dan ibu. Malah, ada juga melabelkan mereka adik beradik terlalu “gedik”.

“Suka hati aku la nak post apa pun” – Syatilla Melvin

adik beradik syatilla melvin

Tidak hanya berdiam diri apabila teruk dikecam, Syatilla memberi amaran kepada  kepada netizen yang tidak menyukai muat naiknya di Instagram untuk tidak mengikutinya lagi.

Betul juga kata Syatilla, daripada sakit hati lebih baik ‘unfollow’ sahaja dan tidak lagi “menyemakkan” mata.