February 17th, 2016

Gosip Adel AF2014 sehingga sekarang masih lagi menjadi bualan hangat ramai, apatah lagi selepas isteri kepada kekasihnya itu sendiri mendedahkan suaminya memang mempunyai hubungan cinta dengan Adel bahkan  bekas pelajar Akademi Fantasia itu tidak kisah untuk hidup bermadu.

Tetapi sehingga kini Adel AF2014 tidak mengeluarkan kenyataan lanjut dan seakan cuba untuk mengelak daripada permasalahan berkenaan. Perampas serta penghancur rumah tangga orang antara gelaran yang kini menghantui Adel.

Ramai yang tertanya adakah Adel masih lagi meneruskan hubungan  dengan kekasihnya itu selepas kontroversi percintaan mereka tersebar? Jelas Adel menerusi portal Utusan Online berkata buat masa ini beliau memberi ruang agar kekasih beliau menyelesaikan kemelut rumah tangganya sebelum percintaan mereka ke fasa yang lebih serius.

Saya ikhlas menerima dia dan memberi masa untuk dia menyelesaikan masalah rumah tangga terlebih dahulu sebelum hubungan kami bertambah serius. Saya juga tidak pernah sama sekali memaksa dia untuk menceraikan isterinya. Malah, saya menerima dia seadanya.

Adel juga mengakui seandainya jodoh mereka masih kuat, beliau yang merupakan penganut agama Kristian tidak kisah untuk memeluk Islam satu hari nanti.

Dalam soal agama, saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya. Dan sebenarnya, tiada masalah untuk saya memeluk agama Islam.

Bagi Adel apa yang berlaku sekarang adalah lumrah kehidupan seorang artis dimana akan ada sahaja pihak yang tidak puas hati dan cuba untuk menjatuhkan seseorang artis. Adel sekali lagi menegaskan beliau bukanlah perampas.

Sumber Berita: Utusan Online

 

February 12th, 2016

Sebelum ini Adel AF2014 didakwa oleh seorang individu yang mengatakan beliau merampas suami orang. Namun, Adel telah tampil  menjelaskan perkara sebenar dimana beliau juga tidak sangka bahawa kekasihnya itu masih lagi berstatus suami orang dan dalam proses untuk bercerai.

Walaubagaimanapun, Adel bukanlah seorang wanita yang kejam dan sama sekali tidak akan memaksa kekasihnya yang merupakan bapa kepada tiga anak perempuan itu mempercepatkan proses penceraian.

Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah.

Susulan isu hangat berkenaan, ramai yang beranggapan Adel sengaja mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian ramai dan sekaligus memanfaatkan perkara itu demi kerjayanya.

Saya bukan orang macam itu sanggup jual cerita murahan untuk popular. Saya sudah mengaku dan saya tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu kerana saya yakin berada di pihak yang benar.

Mengulas lanjut, Adel tidak menolak sekiranya jodoh menyatukan mereka berdua dan bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi.

Sumber Berita: Utusan Online

February 12th, 2016

Semalam kami ada menyiarkan satu artikel berdasarkan kiriman e-mail daripada satu sumber yang mendakwa Adel AF2014 bercinta dengan suami orang dan menjadi punca rumah tangga lelaki berkenaan retak.

Ketika berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kami sengaja mencetuskan kontroversi. Untuk itu kami sertakan bukti kiriman e-mail yang diterima.

Menjawab segala persoalan oleh orang ramai yang ingin mengetahui kebenaran disebalik dakwaan sumber tersebut, Adel telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Adel, beliau hanya mangsa keadaan bahkan lelaki berkenaan mengakui beliau seorang duda ketika awal perkenalan mereka.

Bukan saya punca penceraian itu berlaku kerana sewaktu detik perkenalan kami, dia (teman lelaki) sendiri mengaku sudah bercerai dengan isterinya.

Saya berkawan dengan dia selepas dia bergelar duda dan saya kesal apabila ada yang memfitnah saya sebagai perampas tanpa mengetahui cerita sebenar.

Malah, Adel juga memberitahu beliau sama sekali tidak pernah keluar masuk hotel bersama kekasihnya itu dan menyatakan ia adalah satu fitnah yang sengaja dicetuskan.

Saya tak tahu bagaimana gosip tersebut boleh timbul kerana saya tidak pernah melakukan perkara itu seperti yang didakwa. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu fitnah dan tidak benar sama sekali.

Akhirnya segalanya telah terjawab, kami tidak pernah menuduh cuma ingin mendapatkan penjelasan lanjut. Mungkin ada yang akan cakap tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi tetapi ada sesetengah  lelaki yang sungguh licik dalam berkata-kata sehingga seorang wanita itu cair .

Sumber Berita: Astro Gempak

February 11th, 2016

Menerusi satu kiriman e-mail yang kami terima, ada pihak yang mendakwa bekas pelajar AF 2014, Adel yang berasal daripada Sabah sedang bercinta dengan suami orang.

Adel bersama kekasihnya yang didakwa berstatus suami orang

Menurut sumber tersebut, teman lelaki Adel merupakan seorang kontraktor yang berkahwin dengan wanita daripada Johor dan mempunyai tiga orang anak.

Adel juga dikatakan punca lelaki itu bercerai dengan isterinya dan mereka sering kali dilihat keluar masuk hotel di sekitar Kota Kinabalu.

Sumber tersebut juga  ada menyertakan perbualan antara Adel dan teman lelakinya seperti dibawah:-

Hurm, sejauh mana kesahihan berita ini tidak dapat kami pastikan. Namun, kami harap Adel bukanlah perosak rumah tangga seperti yang didakwa kerana ia sesuatu perkara yang tidak bermoral. Apa-apapun kita tunggu penjelasan daripada mulut Adel sendiri.