April 25th, 2013

Ramai yang jatuh cinta dengan kekacakan Zarul Umbrella selepas menonton persembahannya di ABPBH2012. Tidak dinafikan walaupun sudah berusia 40 tahun, Zarul sangat awet muda. Malah ada peminat yang secara bergurau menyatakan Zarul lebih kacak daripada Aaron Aziz.
zarul umbrellaPernah menjual apam balik selepas tidak aktif menyanyi, Zarul Umbrella kini sedang berkhidmat sebagai pramugara di MAS. Walaupun kini namanya telah kembali popular, Zarul menyatakan yang dia akan terus bekerja di langit biru sambil memenuhi undangan nyanyian.

Selepas persembahannya yang memukau di ABPBH2012, Zarul telah kembali sibuk memenuhi undangan nyanyian, photoshoot dan tetamu rancangan televisyen. Untuk makluman, sebelum ini Zarul juga aktif berblogging dan dikenali dengan nama “The Singing Blogger”. Blog Zarul Umbrella boleh dilawati di www.zarulumbrella.com dan di dalamnya ada tips untuk kelihatan awet muda seperti dirinya.
zarul umbrella

Kalau ada awek di luar sana yang ingin mengorat Zarul, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Zarul sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isterinya turut sama bekerja sebagai seorang pramugari. Kepada Zarul, teruskan usaha anda dan semoga berjaya di dalam dunia seni tanah air.

zarul umbrella

Jika anda peminat Zarul, anda boleh LIKE Facebook ZarulUmbrella, follow Twitter ZarulUmbrella dan follow Instagram ZarulUmbrella.

April 17th, 2013

Alang-alang sudah bercerita mengenai Neelofa di bawah, apa kata Abang Nara sambung sedikit mengenai Neelofa dan ABPBH2012. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa atas kegagalan Neelofa merangkul sebarang anugerah walaupun tercalon sehingga 4 kategori.

neelofa
Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-

Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki

neelofa

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-

Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.

neelofa

Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh. Kepada Neelofa, teruskan usaha anda. Tingkatkan lagi mutu lakonan dan pengacaraan. Moga suatu hari nanti bakat anda akan diakui orang ramai.

April 14th, 2013

Baru seminggu ABPBH2012 berlangsung, hari ini kecoh di Twitter apabila peminat Adi Putra mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan. Penganjur majlis tersebut, Kak Cham telah diminta memberi penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH2012.

abpbh2012

Menurut info yang diberikan oleh peminat Adi Putra yang bergelar 1HotLovers, jumlah undian yang dihantar oleh mereka melebih 42,000. Namun begitu, di dalam BiPop hari ini, jumlah undian untuk Adi Putra dimaklumkan hanya sekitar 24,000. Ini menyebabkan peminat-peminat Adi Putra mempersoalkan cara pengiraan undi dilakukan.

adi putra

Tambah mengkagumkan apabila peminat Adi Putra turut sama berkongsi gambar-gambar suratkhabar Berita Harian yang mereka beli semata-mata untuk mengundi pelakon kegemaran mereka itu.

adi putra

Menurut Kak Cham pula, sebelum keputusan diumumkan, pihak Media Prima telah melakukan audit untuk memastikan keputusan adalah telus. Namun jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati para peminat Adi Putra. Mungkinkah banyak undi yang rosak? Mungkinkah ada konspirasi pengiraan undi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka yang terbabit.

UPDATE: Peminat Adi Putra memaklumkan yang mereka mempertikaikan pengiraan undi terhadap Adi Putra dan bukannya keputusan yang telah diumumkan. Ini kerana jumlah undi yang diumumkan adalah tidak sama dengan apa yang telah mereka hantar.

April 9th, 2013

Ramai betul peminat Lisa Surihani di BeautifulNara ini. Ramai yang suruh Abang Nara kongsikan gambar-gambar si comel ini ketika menghadiri majlis ABPBH2012. Untuk menunaikan permintaan anda, Abang Nara sempat selongkar Instagram Lisa Surihani sebentar tadi.

lisa surihani

Lisa hadir bersama suami tercinta, Yusry dan nampak sangat menawan dengan pakaian Jovian. Kedua-dua pasangan ini memang nampak sama cantik dan sama padan. Sinar bahagia jelas terpancar di raut wajah mereka.

lisa surihani

7 lagi gambar Lisa Surihani ketika menghadiri ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

lisa surihani

P.S: Inilah sebabnya Aura White kini menjadi bualan hangat di pasaran. Memang berkesan sangat-sangat. Ada yang baru cuba seminggu pun dah nampak impaknya. Harga hanya RM150 untuk penggunaan selama lebih kurang sebulan. Banyak free gift untuk anda. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani