August 16th, 2018

Beberapa bulan lalu, pelakon Nabila Huda memuat naik status penuh kontroversi di Insta Stories mendakwa pernah dipukul dan dihalau dari rumah serta diaibkan oleh seorang individu. Memang mengamuk sakan beliau pada waktu itu. Rata-rata netizen yang membaca luahan hati Abil itu mengatakan ia seakan ditujukan buat ibu tirinya.

Walaubagaimanapun, Abil tidak mahu memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku antara beliau dan ibu tirinya demi menjaga hati ramai pihak.

Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ. Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami.

Namun, Abil mendedahkan hubungannya dengan Amy sudah lama bermasalah dan paling menyedihkan beliau sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan bapanya itu dan mengakui sangat rindu kepada Amy.

Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa.Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya.

Agak sedih juga mendengar rintihan Abil yang terlalu rindukan bapanya, kami harap satu hari nanti masalah antara mereka dapat diselesaikan secara baik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Sumber Berita : BH ONLINE

August 12th, 2018

Para selebriti yang dijemput hadir sebagai tetamu untuk memeriahkan lagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 pastinya tampil dengan pelbagai gaya bukan? Waktu ini lah mereka hendak tunjukkan fesyen yang unik dan sekaligus menarik perhatian ramai.

Antara selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk menghadiri pertujukan fesyen itu ialah Nabila Huda. Mengenakan busana serba hitam dengan bertudung (scarf), penampilan pelakon wanita itu menimbulkan sedikit kontroversi.

Menerusi akaun Instagramnya, Abil menyatakan ia adalah fesyen ala-ala zaman nenek kita dahulu. Rata-rata netizen bagaimanapun tidak bersetuju dengan kata-kata Abil. Ada juga yang mendakwa anak kepada penyanyi Amy Search itu seakan mempersendakan agama.  Namun, Abil tidak berdiam diri dan membidas komen-komen yang dilemparkan kepada dirinya.

Untuk pengetahuan anda, memang ada fesyen ‘headscarf’ ini dan cukup popular di negara barat. Mungkin Abil bukanlah sengaja ingin mempersendakan agama. Walaubagaimanapun, tidak salah juga unutk netizen memberikan nasihat.

May 8th, 2018

Sebagai seorang selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai, pastinya ada antara mereka sanggup berhabis sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan untuk tampil cantik. Ada yang buat rawatan pemutihan kulit, mancungkan hidung, rawatan agar gigi lebih teratur menghasilkan senyuman yang lebih menawan dan macam-macam lagi.

Namun, pelakon berbakat Nabila Huda ataupun mesra dengan panggilan Abil tidak terkesan dengan sesetengah komen netizen yang seakan “menghina” beliau sebagai wanita berkulit gelap. Abil mahu menjadi dirinya sendiri dan  tidak terlalu serius mengenai isu kecantikan yang agak subjektif.

Buat Abil setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri. Tidak perlu mengubah apa yang mereka ada semata-mata untuk kelihatan lebih menarik.

Kenyataan Abil itu turut disokong oleh netizen termasuklah rakan artis yang memuji sikap sederhananya.

Kecantikan sebenar tidak seharusnya dilihat dari segi penampilan luaran semata-mata. Janganlah paksa diri untuk tampil cantik hanya untuk memuaskan hati orang lain.

January 29th, 2018

Pernah beberapa kali menegur pelakon baharu dari segi lakonan mereka, ada yang mula menganggap pelakon serba boleh, Nabila Huda sebenarnya cemburu ataupun dengki dengan kemunculan artis baharu yang ada antaranya lebih popular berbanding beliau.

Tidak mahu ramai terus salah faham, Nabila sebagai pelakon yang sudah mempunyai banyak pengalaman tidak mahu melihat industri lakonan tanah air terus merundum jika sesetengah penerbit lebih mengutamakan paras rupa artis dan jumlah “followers” di media sosial untuk diberikan watak utama dalam sesebuah drama mahupun filem.

Saya lihat terlalu mudah menjadi pelakon sekarang sehingga kita sanggup membelakangkan kualiti kerja. Saya tidak iri hati atau cemburu, malah tidak kisah. Tetapi, sampai bila industri mahu mempertaruhkan pelakon cantik atau kacak semata-mata. Kita kena didik penonton supaya faham apa itu bakat. Seseorang pelakon perlu ukur keupayaan diri.

Abil juga berharap pelakon baharu tidak perlu terlalu bergantung dengan pelakon senior dan berusaha untuk memperbaiki mutu lakonan mereka. Malah, mereka juga harus komited dalam kerjaya mereka dan tidak menyusahkan orang lain.

Apa arah pelakon baharu ini dalam industri? Sikap sambil lewa mereka membuatkan penggambaran jadi lambat. Ada pelakon berpengalaman terpaksa mengawal lakonan kerana tidak mahu membayangi pelakon baharu. Bagaimana kami ingin membawa sesuatu watak dengan baik jika lawan tidak memberi?

Mungkin apa yang dikatakan oleh Abil itu ada betulnya. Populariti dan sebanyak mana pun jumlah “followers” seseorang artis itu ada di media sosial, ia tidak bermakna mereka mempunyai bakat ataupun hasil kerja yang berkualiti. Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Sumber Berita : Berita Harian