July 31st, 2015

Baru-baru ini pelawak Abam Bocey telah dihimpit kontroversi apabila sebuah foto lelaki bersusuk tubuh gempal bercumbu dengan wanita yang didakwa adalah dirinya. Walaubagaimanapun, Abam menerusi portal mStar Online telah menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia adalah satu fitnah semata-mata.

Perkara tersebut mula menjadi hangat apabila satu laman sesawang mengeluarkan satu artikel berkaitan isu berkenaan di media sosial.

Orang buat cerita ni… Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan.

Abam berharap perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan dan meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab  tidak menyebarkan sebarang cerita jika mereka tidak tahu kesahihan sesebuah berita.

Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim.

Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok.

Kalau sekali pandang kita sendiri boleh tahu bahawa lelaki dalam foto tersebut bukan Abam Bocey, pihak yang sengaja menulis artikel fitnah ini mempunyai minda yang cetek dan hanya ingin mencari publisiti murahan dengan cara paling kotor.

Sumber Berita: mStar Online

July 30th, 2015

Sedang panas diperkatakan dalam satu lama sesawang mengeluarkan satu artikel fitnah terhadap Abam Bocey sememangnya ingin meraih publisiti murahan dengan mereka-reka cerita berkenaan isu sensitif seseorang sekaligus mencalarkan kariernya sebagai pelawak. Agak kelakar apabila sekali pandang pun kita dapat mengetahui yang lelaki di dalam gambar itu bukanlah Abam Bocey. Tengok tona kulit pun dah boleh tahu.

Minta maaf Abam Bocey bukan hendak digembar-gemburkan cerita yang tidak betul ini tetapi dalam asyik membaca di media sosial ini terbaca pula artikel seperti diatas sekaligus berasa tidak selesa. Cerita murahan sebegini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai akal cetek. Kasihan Abam menjadi mangsa.

Jadi, apakata kita cuba bandingkan badan si Abam Bocey dengan ‘brader’ seperti gambar diatas secara jelas  adalah sangat-sangat berbeza dan tidak benar sama sekali. Ini semua adalah cabaran dan dugaan bergelar seorang selebriti. Diharap Abam Bocey bertabah!!!