July 31st, 2015

Baru-baru ini pelawak Abam Bocey telah dihimpit kontroversi apabila sebuah foto lelaki bersusuk tubuh gempal bercumbu dengan wanita yang didakwa adalah dirinya. Walaubagaimanapun, Abam menerusi portal mStar Online telah menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia adalah satu fitnah semata-mata.

Perkara tersebut mula menjadi hangat apabila satu laman sesawang mengeluarkan satu artikel berkaitan isu berkenaan di media sosial.

Orang buat cerita ni… Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan.

Abam berharap perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan dan meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab  tidak menyebarkan sebarang cerita jika mereka tidak tahu kesahihan sesebuah berita.

Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim.

Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok.

Kalau sekali pandang kita sendiri boleh tahu bahawa lelaki dalam foto tersebut bukan Abam Bocey, pihak yang sengaja menulis artikel fitnah ini mempunyai minda yang cetek dan hanya ingin mencari publisiti murahan dengan cara paling kotor.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...