Written by Bella | June 21st, 2019

Biarpun sudah berpisah dengan penerbit Datuk A. Aida, status pelakon Ariff Aziz di Insta Story semalam menimbulkan pelbagai spekulasi. Dia seakan menunjukkan reaksi tidak sudi lagi untuk rujuk dengan bekas isterinya itu sambil membuat memek muka meloyakan.

Bagaimanapun, jelas Ariff segala perkongsiannya di media sosial tidak ada kaitan dengan kisah lalunya.

Ariff berkata dia sudah memulakan kehidupan baru dan enggan membiarkan isu perceraiannya berlarutan. Pelakon itu juga berharap  dia tidak lagi dilaga-lagakan dengan bekas isterinya.

Saya berharap semua pihak tidak perlu memanjangkan perkara ini. Jangan melaga-lagakan saya dengannya lagi. Segala entri dimuat naik di laman sosial, termasuk di Instagram, tidak ada kena mengena dengan kehidupan saya yang lalu. Saya sudah memandang ke hadapan dan jangan terus mengaitkan saya dengannya.

Untuk dia (A Aida), saya doakan semoga terus berbahagia dengan kehidupannya. Saya sudah ada hidup baru sekarang dan tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Ariff tidak akan lagi berkongsi entri yang boleh mengundang kontroversi ataupun spekulasi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 21st, 2019

Tidak dinafikan kes perceraian penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz antara topik hangat diperkatakan oleh netizen pada minggu ini. Bercerai buat kali keempat, perkahwinan penerbit itu hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Bagaimanapun, A. Aida akui dia redha dengan ketentuan takdir, begitu juga dengan anak-anaknya yang tumpang bahagia dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ibu mereka.

Dua anak perempuannya iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha hanya mahu melihat ibu tercinta mereka bahagia dan gembira.

Pastinya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia. Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.

Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu.

Sebenarnya, sejak awal lagi mereka sudah menasihati ibu untuk mengenali hati budi seseorang lelaki dengan lebih lama lagi sebelum membuat keputusan untuk bernikah, tetapi A. Aida tetap memilih untuk bercinta selepas kahwin.

Dalam pada itu, Aleesa dan Azevanatassha menjelaskan mereka tidak akan pernah menghalang, andainya ibu mereka berhasrat untuk medirikan rumah tangga lagi di masa akan datang.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | May 4th, 2013

Tiga kali berkahwin, tiga kali perkahwinan A. Aida gagal dipertahankan. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Ameng Spring, kemudian dengan seorang anggota polis dan terbaru, A. Aida telah diceraikan dengan talak dua oleh suami ketiganya, Suffian Sulaiman,

a aida cerai

Suffian dilaporkan mahu menceraikan A. Aida dengan talak tiga tetapi dihalang berbuat sedemikian oleh pihak mahkamah. Kembali menjanda buat kali ketiga, A. Aida berkata kepada Kosmo yang dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan keluarganya:-

Buat masa ini keutamaan saya sekarang mahu lebih fokus kepada kerjaya sebagai penerbit dan penulis skrip. Ketika bergelar isteri dahulu kerja-kerja yang saya lakukan agak terbatas. Mengenai perkahwinan pula saya langsung tidak terfikir sama sekali. Apa yang boleh saya katakan, sekarang ini lelaki tiada dalam kamus hidup saya dan lebih selesa sendiri dengan ditemani anak-anak.

a aida cerai

A. Aida sempat memberikan sedikit nasihat kepada wanita di luar sana atas pengalamannya yang gagal di dalam perkahwinan sebanyak 3 kali. Kata A. Aida:-

Pertama sekali saya mahu memberi nasihat kepada semua wanita supaya mengenali terlebih dahulu lelaki yang ingin dijadikan suami sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Kesilapan yang saya lakukan ialah terlalu cepat memberi persetujuan kepada lelaki yang ingin mengahwini saya. Baru sebulan kenal saya terus bersetuju berumah tangga, sedangkan saya perlu mengenalinya dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

Semoga A. Aida menemui ketenangan dalam hidup selepas penceraian ini. Kalau ada jodoh, bolehlah kahwin sekali lagi. Kalau tak ada, mungkin itu petanda untuk A. Aida membesarkan anak-anak dan mengembangkan lagi karier seninya.