February 5th, 2010

fazura dan kerabat diraja

Kami nak cakap awal-awal yang ini hanyalah gosip semata-mata. Anda tak boleh percaya. Baca boleh percaya jangan. Kebenarannya hanya Fazura dan mereka yang terlibat sahaja tau. Ingat tak lagi yang kami pernah keluarkan gosip Fazura keluar tengok wayang dengan seorang Tengku?

Kami tak tahu sama ada Tengku ini adalah orang yang sama ataupun tak, tapi dengar ceritanya memang benar Fazura nie bercinta dengan seorang kerabat diraja. Untuk lebih spesifik lagi, kerabat diraja nie negeri dia belah-belah selatan sana. Negeri mana tue korang tekalah sendiri. Dah banyak sangat bagi klu nie.

Dan kalau betullah gosip Fazura bercinta dengan kerabat diraja nie, kami mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dua-dua pun single mingle lagi. Apa salahnya kan? Kalau dah jodoh tue kawin ajerlah. Dua-dua pun kami tengok sama cun dan sama hensem. Memang sesuai sangat gitu.

P.S: Ada gosip kata Fazura nie demand shooting gambar hanya untuk cover majalah jer. Kalau bukan cover dia taknak. Kalau cik Fazura baca nie, silalah jawap ek.

May 28th, 2009

nur fazura

Susah betul nak dapat cerita terbaru tentang Nur Fazura nie. Lepas settle hal kat mahkamah dulu, Fazura dah sepi tanpa sebarang kontroversi. Tapi dalam senyap-senyap, banyak jugak projek dia yang tengah berjalan rupanya.

Tak lama lagi filem lakonan terbaru Fazura dan Maya Karin yang bertajuk Pisau Cukur akan keluar kat wayang. Dan kalau anda betul-betul tak sabar dan rindu nak tengok muka si Fazura nie, tengoklah rancangan realiti terbaru Anak Wayang di Astro. Fazura jadi hos dalam rancangan tue dengan Rusdi Ramli.

Buat Fazura, teruskan usaha anda untuk popular tanpa sebarang kontroversi. Anda ada pakej yang lengkap. Cantik, berbakat dan pandai bergaya. Ramai peminat-peminat anda di sini yang pasti akan terus menyokong anda.

Lagi gambar terbaru Fazura semasa sidang media perasmian program realiti Anak Wayang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar terbaru fazura

gambar terbaru fazura

gambar terbaru fazura

gambar terbaru fazura

gambar terbaru fazura

gambar terbaru fazura