Written by Bella | January 10th, 2019

Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak? Begitu juga dengan Datuk Seri Vida, selalu sahaja ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

Bersempena bermulanya sesi persekolahan 2019, DSV telah menghadiahkan anak perempuannya, Cik B sebuah buku nota  jenama mewah Louis Vuitton berharga RM3,000. Ia adalah ganjaran buat Cik B yang rajin ke sekolah.

Rata-rata netizen agak cemburu dengan kehidupan serba mewah Cik B dan betapa bertuahnya beliau mendapat seorang ibu yang cukup penyayang.

Namun, seperti biasa ada juga pihak yang mengecam DSV terlalu memanjakan anaknya dan seolah-olah ingin menunjuk kekayaannya.

Kalau dah mampu apa salahnya? Lagipun berikan hadiah untuk anak sendiri. Semoga Cik B selalu menghargai jasa ibunya.

Written by Bella | November 15th, 2018

Semalam, Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan seorang lelaki dengan nama Muhammad Izwan Shah Kamal membayar saman RM100,000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun Sasuke Kun.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan yang tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar itu mengakui beliau cukup menyesal dengan perbuatannya. Kata Izwan, jika beliau hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk beliau membayar RM100,000.

Pada masa yang sama , beliau juga memohon maaf kepada Skop Productions terutama sekali kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof.  Meskipun disaman, Izwan bersyukur tidak dipenjarakan.

Kami berharap apa yang terjadi kepada Izwan ini akan menjadi pengajaran buat semua. Jangan pernah terlibat dengan jenayah cetak rompak dan hargailah usaha penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti.

Kredit Foto : Instagram Munafik 2 Official

Written by serenity | August 29th, 2018

Penyanyi yang popular pada era 80-an dan 80-an, Aishah, menolak tawaran Datuk Seri Vida untuk menggantikan barangan kemas pemberiannya bernilai RM 80,000 dengan matawang kripto Lavida Coin yang diusahakan oleh Vida.
mStar Online melaporkan, sepatutnya hadiah tersebut digantikan dengan barang kemas lain bernilai serupa atau wang tunai RM 80,000.

Kalau nak ambil balik rantai yang diberi itu gantikan semula dengan barang kemas atau wang tunai sesuai dengan harga yang digembar-gemburkan.

Bukan dengan memberi Lavida Coin, saya tak mahu itu, nak buat apa?.

Aishah juga mengakui rasa terkilan barang kemas tersebut palsu, dan tidak bernilai seperti dakwaan Vida.

Seeloknya, dia minta maaflah kerana menipu!

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 6th, 2017

Sebelum ini seorang wanita bernama Raudhatul Ain mendakwa Shahir Akademi Fantasia atau Shahir Zawawi, 28, telah meminjam wang dan masih belum melunaskan hutang itu biarpun ia dibuat bertahun yang lalu.

Terbaru, seorang lelaki pula mendakwa Shahir berhutang sewa kereta mewah berjumlah RM 24,000 dan masih belum membayarnya walaupun telah berjanji berkali-kali.

Lelaki itu, Azim Azizan, memberitahu sudah memberi masa untuk Shahir melunaskan sewa, tetapi Shahir sudah beberapa kali memungkiri janji hinggakan Azim dan seorang lagi kawannya menanggung kerugian.

Bagi membuktikan dakwaanya, Azim telah memat naik salinan perbualan WhatsApp dia dan Shahir sejak 24 Oktober lalu ke laman Facebook.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

——–

Teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana dipilih berdasarkan kisah di sebalik sejarah mengenai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang digarap dari sebuah buku berjudul Masyhor Malaya karya Shaharom Husain pada tahun 1978. Dapatkan tiket anda di sini.