Pemandu Lori Didenda RM60,000 Lepaskan Asap Hitam, Jejas Pencemaran Udara

Trending

Pemandu Lori Didenda RM60,000 Lepaskan Asap Hitam, Jejas Pencemaran Udara

Akibat kenderaan dipandu melepaskan asap hitam yang mencemarkan udara, seorang pemilik lori didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Denda itu dikenakan kerana telah melebihi had dibenarkan daripada paip ekzos kenderaannya, dua tahun lalu.

Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman tersebut selepas Maimunah Omar, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melepaskan pencemar ke udara iaitu asap hitam berlebihan daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50 peratus di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

Kesalahan dilakukan tertuduh di Plaza Tol Sunway, Lebuh raya Shah Alam (KESAS) pukul 10.45 pagi pada 31 Oktober 2019 dalam operasi penguatkuasaan kenderaan bermotor yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Lori lepaskan asap hitam

Gambar Hiasan

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Faizura Mohd. Ali sementara OKS tidak diwakili peguam.

Difahamkan, sebelum ini OKS dikenakan kompaun RM2,000 namun gagal membayarnya sebelum tindakan pendakwaan dikenakan kepadanya.

Hati-hati semua, periksa ekzos jangan sampai melebihi had ketumpatan. Jagalah alam sekitar juga. Duit jimat, udara pun bersih. Betul tak?

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...