Tafsir Kewangan, Bijak Berbelanja

Trending

Tafsir Kewangan, Bijak Berbelanja

Bagai kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bidalan klasik itu menyifatkan tentang sekiranya ingin mendidik seseorang, ia perlu dilakukan sejak awal agar perbuatan tersebut berupaya menjadi satu amalan biasa. Begitu juga dengan pengurusan kewangan yang seharusnya dipandang serius sejak di usia kanak-kanak.

Hal itu disebabkan saban hari perubahan teknologi kian berkembang sekali gus seakan menjadi satu desakan kepada khalayak terutama golongan belia untuk turut serta.

Advertisement

Pengaruh dan kekuasaan syarikat gergasi dunia yang berlumba-lumba mengeluarkan produk baharu secara tidak langsung mendidik kelompak tersebut untuk menghambakan diri menuruti kehendak tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Bagi yang berkemampuan, situasi tersebut pastinya bukan satu masalah buat mereka. Namun, buat individu yang terpaksa berlapar dan mengikat perut, kalian seharusnya lebih bijak dalam berbelanja bagi mengelakkan daripada ancaman muflis.

Memiliki barangan berjenama adakalanya membantu tahap sosial seseorang di mata masyarakat, tetapi realiti kehidupan mereka di sebalik kemewahan tersebut mungkin berbeza berbanding dengan yang ditonjolkan.

Disebabkan tersepit dengan desakan, ada sebahagian mereka sanggup berbelanja melebihi kemampuan atau kata mudahnya wang keluar lebih banyak berbanding masuk.

Jumlah Wang Masuk > Jumlah Wang Keluar = Lebihan Tunai
Jumlah Wang Keluar < Jumlah Wang Masuk = Defisit Tunai

Justeru, berikut merupakan antara lima kaedah yang dapat membantu kalian untuk menguruskan kewangan dan mengenal pasti bajet atau pelan menguruskan aliran tunai bagi kegunaan membuat anggaran pendapatan serta perbelanjaan masa hadapan.

Persaingan antara jenama gergasi peranti membuatkan pengguna berusaha untuk bersaing antara satu sama lain bagi menjadi individu terawal menggunakan produk mereka. – Gizmochina

1. Membezakan Keperluan dan Kehendak

Ingat bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Disebabkan itu pendapatan dan perbelanjaan berbeza mengikut individu. Justeru, bajet kalian seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang diinginkan tetapi tidak semestinya perlu. Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, masa berkualiti dengan keluarga, kenderaan, dan peranti. Berbeze dengan kehendak yang lebih bersifat materialistik seperti menikmati hidangan di restoran mewah, banglo mewah, pakaian berjenama, percutian ke luar negara, kereta mewah dan peranti canggih.

2. Menangguhkan Kehendak

Menangguhkan kehendak bermaksud menangguhkan keinginan ke suatu masa yagn lain. Setiap kali ingin membeli sesuatu, terutama jika ia bersifat kehendak, fikirkan terlebih dahulu sama ada kehendak tersebut tergolong dalam senarai bajet. Hidup mengikut kemampuan memerlukan kalian berfikir mengatakan tidak kepada sesuatu perbelanjaan yang tidak diperlukan.

 

Bijak berbelanja mampu kawal kawangan. – ION Life

3. Berbelanja Dengan Bijak

Bajet perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan dan keperluan perbelanjaan. Hidup mengikut bajet tidak bermakna anda terpaksa mengorbankan segala kemewahan. Bagaimanapun, merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi serta tabiat berbelanja. Salah satu cara ialah kaedah menabung atau menyimpan wang untuk beberapa ketika sehingga dirasakan cukup untuk berbelanja persis seorang raja. Tetapi, jangan lupa untuk membuat simpanan masa depan atau keadaan terdesak dan kecemasan.

4. Perancangan Masa

Rancang pembelian untuk mengelakkan keluar berkali-kali hanya untuk membeli beberapa barangan kerana ia secara tidak langsung dapat menjimat dari segi bayaran pakir, petrol dan tol. Cuba untuk elekkan daripada membeli pada saat akhir. Apabila menjelang waktu perayaan, cuba membeli dan menyimpan barangan keperluan utama supaya dapat disimpan bagi mengelakkan kenaikan harga.

Melakukan perancangan masa untuk membeli barangan agar dapat mengelakkan diri daripada keluar berbelanja beberapa kali. – Artori Design

5. Senarai Dan Buat Perbandingan

Senaraikan barangan yang hendak dibeli agar tidak terlepas pandang. Cuba elakkan daripada memberi barangan tidak diperluan yang tujuannya sekadar ingin menunjuk-nunjuk. Pastinya perbelanjaan dibuat mengikut kemampuan dan bajet serta lakukan perbandingan harga sebelum membeli. Melakukan semakkan harga dapat membantu kalian untuk mengelakkan diri daripada membeli barang yang lebih mahal namun, kempuan dan kelebihannya sama seperti produk pada harga berpatutan.

Sumber: Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...