Tadika, Taska Dan Pra Sekolah Dibuka Bermula 1 Julai Mengikut SOP

Trending

Tadika, Taska Dan Pra Sekolah Dibuka Bermula 1 Julai Mengikut SOP

Semua prasekolah, tadika dan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di bawah kerajaan mahupun swasta dibenar dibuka semula bermula 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Dr Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan tarikh pembukaan semula kesemua premis itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Advertisement

“Mengenai pembukaan serta prosedur operasi standard (SOP) pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, tadika di bawah Kementerian Perpaduan Negara, tadika perpaduan serta tadika kemas di bawah Kementerian Luar Bandar. Kita telah menerima dan bersetuju dengan SOP dibentangkan dan cadangan prasekolah dan tadika dibuka pada 1 Julai 2020.”


Perincian akan diumumkan oleh kementerian pelajaran sendiri dalam waktu terdekat ini, katanya. SOP tersebut termasuklah mengenai tatacara sebelum kemasukan pelajar, sewaktu pembelajaran, waktu makan, cara bermain dan ketika mereka pulang.

Tambahnya, jumlah tadika yang terlibat adalah 6,216 pra sekolah, 7,887 tadika swasta, 8,530 tadika kemas dan 1,781 tadika perpaduan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...