Tadika Swasta Pilihan Ibu Bapa Walaupun Mahal, Kenapa?

Trending

Tadika Swasta Pilihan Ibu Bapa Walaupun Mahal, Kenapa?

Menjadi impian semua ibu-bapa menghantar anak mereka ke sekolah berkualiti dan selesa, namun sejauh mana kemampuan mereka?

Advertisement

Bagi mereka dengan anak yang belum bersekolah, tadika swasta menjadi pilihan mengambil kira keselesaan dan keselamatan anak yang masih muda.

Namun, menghantar anak ke tadika swasta bukan murah, malah yurannya lebih mahal daripada pengajian tinggi.

Beberapa tadika swasta di Lembah Klang memberitahu, ibu bapa sama sekali tidak kisah dengan bayaran asalkan anak mereka menerima pendidikan terbaik.

Antara tadika yang popular ialah R.E.A.L Kids, yang mempunyai 30 cawangan dengan 5,000 pelajar.

Ketua Unit Pemasaran R.E.A.L Kids, Evonne Chong berkata, peningkatan harga yuran tadika seiring peningkatan gaji minimum rakyat Malaysia.

“Bukan hanya dalam hal pendidikan, segala kos lain juga bergantung dengan peningkatan gaji rakyat. Dalam hal ini, sekolah yang menawarkan harga sederhana, tidak semestinya kualitinya tidak bagus,” katanya, lapor FMT.

Berpengalaman selama 30 tahun dalam sektor pendidikan, tadika ini tidak pernah “menekan” harga terlalu mahal biar pun kemudahan yang disediakan setaraf dengan sekolah premier lain.

“Di sini, kami hanya kenakan bayaran RM350 sebulan manakala bagi day care, hanya RM750. Dengan bimbingan guru berijazah serta kemudahan bertaraf lima bintang, harga ini dikira berpatutan,” katanya, dan menambah yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...