Tadika Islamik Swasta Terkenal Didakwa Tidak Bayar Caruman KWSP Guru Bertahun-Tahun – “Bos Besar Dia Terlibat Dengan Quantum Metal”

Trending

Tadika Islamik Swasta Terkenal Didakwa Tidak Bayar Caruman KWSP Guru Bertahun-Tahun  – “Bos Besar Dia Terlibat Dengan Quantum Metal”

Seorang lelaki tampil menerusi satu hantaran di laman sosial TikTok mendakwa bahawa sebuah tadika islamik swasta terkenal tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama bertahun-tahun.

 

Advertisement

Dah buat laporan tapi tiada tindakan

Kata lelaki bernama Farez itu, anak saudaranya bekerja di tadika terbabit dan telah membaut laporan polis, malah ramai juga dikatakan sudah melaporkan tentang tersebut namun masih tiada tindakan diambil.

Korang tahu tak tadika terkenal sekarang aniaya cikgu-cikgu? Korang tahu tak dorang tak bayar KWSP berapa lama dah. Lepas itu sekarang ni kesian sebab itu adalah hak mereka cikgu-cikgu, dan juga semua aunty-aunty yang ada kat situ.

tadika

Majikan terlibat dengan QM

Farez bagaimanapun enggan mendedahkan nama tadika terkenal tersebut namun ada memberikan bayangan bahawa majikan dimaksudkan itu terlibat dengan Quantum Metal (QM).

Dapat tahu rupanya dia punya bos besar masuk dalam QM lepastu duit tak dapat-dapat, tak tahu lah saya tak tuduh ye.

QM

Dalam pada itu, dia turut menggesa semua guru dan staf tadika terkenal tersebut untuk tampil dan tidak membiarkan diri mereka dianiaya lagi.

Saya tak nak sebut nama penuh tadika, saya sebut BB sahaja ye. Dia aniaya ramai cikgu-cikgu, dengarlah cakap saya ni pergilah pejabat buruh buat report tuntut hak anda.

@farezadnanofficial

SIAPA YANG TERLIBAT? Siapa teraniaya juga? Komen dan DM saya please.

♬ original sound – Farez Adnan

Hantaran itu meraih perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya tidak menyangka tadika terkenal berkenaan tergamak menganiaya pekerjanya apatah lagi mereka membawa imej sekolah islamik dan menjadi pilihan ramai selebriti tanah air.

Shuib
10 months ago

(VIDEO) "Jangan Ambil Hak Orang, Haram Tetap Haram" - Individu Dakwa BubbleBee Masih Belum Jelaskan Hutang KWSP Dari Tahun 2022 Hingga 2023

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...