‘Tadi Menangis Mengamuk, Tiba-Tiba Diam’ – Anak Syatilla Melvin Terjatuh Sampai Koyak Bibir

Hiburan

‘Tadi Menangis Mengamuk, Tiba-Tiba Diam’ – Anak Syatilla Melvin Terjatuh Sampai Koyak Bibir

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan. Ada sahaja ragam yang membuatkan ibu bapa tidak keruan hidupnya. Seperti kisah yang dikongsi Syatilla Melvin, anak sulung, Syeriv Samheizy terjatuh sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian bibir. Sebagai seorang ibu, insiden ini sudah tentunya merobek hati apatah lagi melihat si anak menangis menahan sakit.

Berikutan komitmen kerja, Syatilla Melvin terpaksa bergegas ke tempat penggambaran sementara menunggu Syerif sedar selepas jahitan kecil dilakukan.

Advertisement

TADI MENANGIS MENGAMUK, TIBA-TIBA DIAM

Ya Allah moment di atas sampai bila-bila takkan bubu lupa. Sedihnya ya Allah tengok anak kita macam tu. Terpaksa tidokan dia untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar. Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba-tiba terdetik, macam mana lah perasaan mak-mak yang kena hadap anak kecik sakit kronik, cancer dh sebagainya, Allahuakhbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua! Macam ni pun rasa tak sanggup tengok.

Kata pelakon ini, insiden seperti ini pertama kali terjadi dan dia sudah tentunya sangat cemas. Sedih melihat keadaan anak yang meronta kesakitan, Syerif terpaksa dibius.

Bayangkan hati tak senang fikir anak tiba-tiba kena lari sambung shooting. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Depa pun ada family tunggu kat rumah. Susah hati jangan cakap la, tapi Alhamdulillah Allah lancarkan semua. Daripada sedih tiba-tiba kena bertukar buat lawak dalam campaign #rinduasmararaya. Kalau korang agak-agak mampu tak?

Ni lahh yg dikatakan korban perasaan untuk kerja. Aku memang tabik orang2 yang berjaya lalu apa yang Tilla baru lalu harini. Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi aku sangat luar biasa. Doakan Syeriv cepat sembuh cepat boleh minum susu balik. 7 jahitan habuan utk @syeriv_samheizy anak bubu harini ya Allah.

Menghormati masa orang lain, Syatilla Melvin terpaksa menghabiskan shooting walaupun anak dimasukkan ke hospital. Dia turut meluahkan rasa kagum dengan ibu bapa yang diberi bermacam ujian melibatkan anak. Tabik!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...