Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ kini sedang mencari seorang wanita yang telah membuat fitnah tentang dirinya dan isteri.
Menerusi hantaran di TikTok, dia telah berkongsi wajah individu berkenaan dah turut memuat naik tangkap layar komennya yang menabur memfitnah tentang Ubai dan Shila.
Berdasarkan komen panjang tersebut, wanita itu menuduh Ubai tidak bekerja dan Shila seorang menanggung keluarga kecil mereka.
Ubai ni kerja apa? Bukan kata dah berhenti kerja ke? Harap dia kerja lah, sebab tengok macam Shila Amzah je yang bekerja. Sampai hamil (dah) nak bersalin pun Shila masih bekerja.
Wanita itu juga turut mengkritik Shila berhubung konflik yang berlaku di antara penyanyi tersebut dan Datuk Amy Search sebelum ini.
Tulah, lain kali jangan sibuk hal keluarga orang. Sebab keluarga sendiri pun berantakan sebelum ini Shila Amzah oiii. Kau untunglah Amy Search dia je taknak bising dekat media sosial.
Menerusi hantaran TikTok itu, Ubai meminta sesiapa yang mengenali wanita tersebut untuk cuba menghubungkan mereka berdua kerana ada beberapa perkara untuk dibincangkan.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai netizen menghentam wanita berkenaan kerana menulis komen yang begitu emosi sehingga memfitnah orang lain.
Malah ada yang menyindirnya kerana mengkritik Shila Amzah masuk campur urusan keluarga rakan artis sedangkan dia tidak sedar dirinya juga menyibuk hal orang lain.