Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tabung Haji Nafi Beri Neelofa Visa Haji Hanya Selepas Sebulan Permohonan Dibuat

Baru-baru ini Neelofa ada memberitahu beliau bakal menunaikan ibadah haji pada 5 September depan bersama ibu bapanya.

Advertisement

Namun, timbul desas-desus yang mengatakan Neelofa diberikan “layanan istimewa” oleh pihak Tabung Haji dan meluluskan visa haji Neelofa dalam masa yang agak singkat.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, pihak TH menolak dakwaan memberikan visa haji kepada Neelofa selepas sebulan selebriti itu membuat pendaftaran haji.

Menurut  TH pihaknya sedia maklum mengenai rayuan Neelofa dan telah mempertimbangkannya melalui garis panduan sedia ada.

Advertisement

Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.

TH  selalu mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui beberapa proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Mungkin ia sekadar khabar angin sahaja. Sekarang ini sudah banyak agensi swasta yang menawarkan pakej haji dengan pelbagai harga. Kita doakan sahaja agar proses Neelofa dan ibu bapanya untuk menjalani ibadah disana dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top