Baru-baru ini Neelofa ada memberitahu beliau bakal menunaikan ibadah haji pada 5 September depan bersama ibu bapanya.
Namun, timbul desas-desus yang mengatakan Neelofa diberikan “layanan istimewa†oleh pihak Tabung Haji dan meluluskan visa haji Neelofa dalam masa yang agak singkat.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, pihak TH menolak dakwaan memberikan visa haji kepada Neelofa selepas sebulan selebriti itu membuat pendaftaran haji.
Menurut  TH pihaknya sedia maklum mengenai rayuan Neelofa dan telah mempertimbangkannya melalui garis panduan sedia ada.
Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.
THÂ selalu mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui beberapa proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Mungkin ia sekadar khabar angin sahaja. Sekarang ini sudah banyak agensi swasta yang menawarkan pakej haji dengan pelbagai harga. Kita doakan sahaja agar proses Neelofa dan ibu bapanya untuk menjalani ibadah disana dipermudahkan.