Tabung Ditutup, SSR Kumpul Derma RM92,800 Dalam Masa Sehari

Trending

Tabung Ditutup, SSR Kumpul Derma RM92,800 Dalam Masa Sehari

Susulan tindakan kompaun yang dikenakan terhadap 31 peserta perhimpunan di Dataran Merdeka, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dalam satu kenyataan semalam memohon bantuan orang ramai untuk menyelesaikan denda berjumlah RM62,000.

Peserta perhimpunan telah dikompaun RM2,000 bagi setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

3 years ago

Polis Buat Kawalan Demonstrasi 'Keluar Dan #Lawan'

Terkini, Kosmo! Online melaporkan dalam masa sehari SSR berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM92,800 melibatkan transaksi daripada 688 individu.

tabung SSR

SSR dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kepada tabung guaman dan kompaun peserta acara nyalaan lilin tersebut. Tambahnya, transaksi melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai yang menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan.”

Dalam masa yang sama, SSR memaklumkan pihaknya akan membuat perincian jumlah perbelanjaan bagi memastikan ketelusan mengendalikan sumbangan yang diterima daripada orang ramai. Perincian tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan seramai 31 ahli terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan selepas dipercayai melanggar SOP kerana berkumpul selepas jam 8 malam.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...