Tabiat Guna Minyak Masak Berulang Kali, Risiko Kesan Buruk Pada Jantung & Salur Darah.

Trending

Tabiat Guna Minyak Masak Berulang Kali, Risiko Kesan Buruk Pada Jantung & Salur Darah.

Masyarakat kita cenderung untuk menggunakan minyak masak yang sama berulang kali ketika menggoreng untuk menjimatkan kos. Lebih-lebih lagi penjual makanan di warung-warung atau di kedai-kedai makan.

Advertisement

Bagaimana pula di rumah? Berapa kalikah gunakan minyak yang sama berulang kali ketika memasak? Dua kali? Lima kali? Sepuluh kali?

Menggunakan minyak masak yang sama berulang kali boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami suatu siri tindak balas kimia yang akan menghasilkan pelbagai jenis produk yang mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak tersebut. Kerana itulah kita boleh melihat perubahan warna dan rasa kepada minyak tersebut selepas digunakan beberapa kali.

Minyak masak juga sebenarnya mengandungi vitamin E yang tinggi tetapi apabila sering dipanaskan, kandungan vitamin akan semakin berkurang sedikit demi sedikit.

Jadi, minyak tersebut sudah kehilangan nutrien yang diperlukan dan pengambilan minyak tersebut tidak membawa apa-apa kesan baik sebaliknya akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan.

Satu kajian menunjukkan penggunaan minyak sawit yang dipakai sebanyak lima hingga sepuluh kali boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung.

Pembentukan lesi aterosklerosis juga boleh berlaku dimana aterosklerosis adalah pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang menghalang pengaliran darah ke seluruh badan dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan seterusnya membawa maut.

Meskipun kita ingin berjimat dengan keadaan ekonomi sekarang, kesihatan perlu diutamakan kerana menggunapakai minyak masak yang telah digunakan berulang kali mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

Sumber : The Malaysian Medical Gazette

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...