Tabiat Dukung Atau Angkat Anak Ketika Memandu, Bahaya. Usah Buat Jika Sayangkan Anak.

Trending

Tabiat Dukung Atau Angkat Anak Ketika Memandu, Bahaya. Usah Buat Jika Sayangkan Anak.

Pesanan khidmat masyarakat walaupun cuti raya lambat lagi. pesan siap-siap sempat pergi beli carseat awal. Sedu sedan baca kisah kemalangan baru2 ni.

Advertisement

Tak tau kejadian sebenar dan apa yg berlaku. tapi pengajaran yang boleh diambil, LETAKKAN ANAK DI DALAM CARSEAT DAN PASANGKAN SEATBELT.

Especially parents muda yang baru anak pertama, mesti kesian anak ‘terpaksa’ duduk carseat.

Nak manjakan la anak tu, nak peluk anak ketat-ketat tak lepas, alasan paling common, “baby nangis taknak duduk dalam carseat. kesian dia.”

Elok la tu. kesian la sangat, dah banyak study dan awareness dibuat, sekuat mana, seketat pelukan ibu pada anak kalau dalam kemalangan.

Peratusan anak tercampak dari pelukan ketat-mesra-penuh-kasih-sayang itu TERSANGATLAH TINGGI. common sense, apa-apa jadi kita self protect auto reflect, mana sedar siapa di pangkuan.

Tolong lah, tolong lah gunakan carseat dengan betul.

Permulaan memang baby akan nangis, lama2 dia akan biasa dan selesa. tak lama mana pun, setiap hari korang buat selama seminggu, baby dah sesuaikan diri. nak best lagi? kena angin aircond kereta mewah korg tu, lagi syiokkk baby tu tido. nyenyak, dipeluk ketat oleh seatbelt.

Percayalah pesan bapa anak tiga ni. perjalanan ke kl-kedah anak-anak saya Alhamdulillah akan tido sepanjang 4 jam perjalanan.

Masuk kereta, bagi susu sorg satu, belum sempat tol jalan duta, hanyut tiga-tiga. tinggallah bapa nya di depan sorang-sorang, maknya pula belakang sekali sorg2 main fon. sunyi bapanya, nak bersembang jenuh menjerit.

Satu lagi tips, bila nak belikan hadiah anak sulung untuk kawan-kawan, tanyakan dah beli carseat belum. kumpul duit sesama kawan2 hadiahkan carseat kat new parents tu. carseat adalah lebih utama dari stroller.

sekian,

sendu mengenangkan trafik masa nak balik raya nanti.

p/s: kongsikan kalau bermanfaat.

Kredit :

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...