Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Ramai Yang Berhutang, Sukar Buat Simpanan.

Trending

Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Ramai Yang Berhutang, Sukar Buat Simpanan.

ringgit_1002_620_413_100Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan satu statistik membimbangkan, cuma 6 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur.

Menurut kajian BNM, melibatkan lebih 4,000 rakyat Malaysia yang bekerja, kebanyakan daripada responden tidak mempunyai perancangan belanjawan yang teratur, atau tidak mengamalkan disiplin kewangan untuk mengurus perbelanjaan dan hutang.

Advertisement

“Rakyat Malaysia cenderung untuk fokus kepada kepuasan jangka masa pendek,” kata pengarah pengendalian pelanggan dan pasaran BNM, Suhaimi Ali, semasa membentangkan laporan kajian itu.

Rakyat Malaysia berhutang diluar kemampuan

CREDIT_CARD_STOCK_PHOTO_15102015_TMIKAMAL_ARIFFIN_01

Menurut Suhaimi, rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori 40 peratus termiskinberhutang sebanyak 14 kali pendapatan tahunan mereka, secara purata.

Sebanyak 19 peratus daripada responden berasa mereka ada terlalu banyak hutang, manakala cuma 26 peratus melangsaikan hutang kredit kad mereka dengan penuh di hujung bulan.

Alami kesukaran untuk simpan wang kecemasan

emergency-fund

Bancian tersebut juga mendapat cuma 51 peratus responden menyimpan wang dalam tabung kecemasan, dan 76 peratus mengakui mengalami kesukaran menyimpan hingga RM1,000 untuk kecemasan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...