Tabahnya Warga Emas Usia 60 Yang Terpaksa Berkerja Sebagai Pemandu Grab

Kehidupan

Tabahnya Warga Emas Usia 60 Yang Terpaksa Berkerja Sebagai Pemandu Grab

Kita yang muda ini masih lagi kuat untuk mengharungi ujian hidup dengan kudrat yang diberikan oleh tuhan.

Selagi ada kudrat, selagi itu kita masih boleh mencari rezeki untuk keluarga tanpa perlu meminta belas kasihan daripada orang ramai.

Advertisement

Inilah yang dilalui seorang warga emas yang terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga untuk mencari rezeki bagi memastikan segala perbelanjaan keluarga mencukupi.

Ini telah dikongsikan oleh seorang personaliti televisyen, Fedtri Yahya yang menulis di media sosialnya tentang seorang warga emas yang bernama Misnah Chuminin, 60 masih lagi kuat berkerja sebagai pemandu Grab demi meneruskan kehidupannya.

Wanita 60 tahun ini suaminya uzur dan mempunyai kanser usus dan glaukoma. Manakala anak sulungnya Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

“Subhanallah, beliau adalah antara wanita yang diuji. Tiap tutur dan bicaranya tenang dan tertib.

Dalam coretan Facebook, Fedri juga meminta kepada sesiapa yang menaiki keretanya, hulurkan seikhlas bantuan tanda ummah bersaudara walaupun dia tidak meminta.

Menurut Harian Metro, Misnah berkata, dia bekerja sebagai pemandu Grab sejak setahun lalu selepas suaminya menghidap kanser tahap tiga hingga sukar melakukan kerja berat.

Katanya, bermula dari situlah dia berusaha mencari kerja bagi menampung kehidupan harian, tetapi malangnya permohonan ditolak disebabkan faktor usia.

Selepas usaha hampir menemui jalan buntu, suaminya, Umar Kari, 62, mencadangkan supaya dia menjadi pemandu Grab.

Saya membuat permohonan dan Alhamdulillah diterima bekerja. Saya bersyukur sangat walaupun sudah berusia dan sekurang-kurangnya pendapatan diperoleh membantu keluarga.

Sepanjang menjadi pemandu Grab, ada pelanggan terkejut melihat saya dan tidak kurang bertanya mengenai latar belakang keluarga.

Mereka mungkin hairan kerana faktor usia namun masih bekerja, lebih-lebih lagi menjadi pemandu.

Perkongsian Fedri di akaun Facebooknya telah mendapat 6.6 ribu  perkongsian daripada para netizen.

Rata-rata netizen merasa kagum dengan ketabahannya serta turut mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan dan diberi kesejahteraan dalam kehidupan.

netizen berasa kagum dengan wargaemas ini
netizen berharap supaya beliau tabah

Kita sebagai manusia tak salah membantu wanita ini untuk meringankan beban beliau dalam menjada ahli keluarganya.

Semoga wanita ini terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian hidup dan servis grabnya terus maju agar rezeki melimpah ruah demi menyara keluarga tercinta.

 

Sumber: Facebook, Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...