“T20 Pun Ada ‘Penyondol'” – Bapa Kahwin Lain, Luahan Anak Nazir Razak Undang Pelbagai Respon Daripada Netizen

Kehidupan

“T20 Pun Ada ‘Penyondol'” – Bapa Kahwin Lain, Luahan Anak Nazir Razak Undang Pelbagai Respon Daripada Netizen

Tular sejak hujung minggu lalu mengenai luahan anak perempuan kepada elitis Nazir Razak, Marissa di Instagram mengenai berita pernikahan kali kedua bapanya itu dengan seorang wanita.

Sebelum ini, adik kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak itu mengumumkan bahawa dia sudah bernikah dengan kekasih, Puan Sri Yati Zainuddin pada 17 November 2023.

Advertisement

Marissa menerusi beberapa hantaran panjang lebar di Instagram ada meluahkan isi hati mengenai pernikahan bapanya itu terhadap emosi ibunya, Dato’ Azlina Aziz.

Tulis Marissa, pernikahan bapanya itu bersama PS Yati seolah-olah mengabaikan emosi ibunya yang telah menjadi isteri kepada Nazir selama 30 tahun sebelum bercerai pada tahun ini.

Malah, Marissa juga memaklumkan bahawa dia dan abang, Arman tidak diberitahu mengenai perkahwinan tersebut sebaliknya hanya mengetahuinya menerusi media sosial dan juga rakan-rakan ibu bapa mereka yang menghadiri majlis berkenaan.

Marissa juga ada menulis mengenai kisah sedih ibunya yang menghidap sakit teruk ketika pandemik dan sikap bapanya yang berlaku curang dengan wanita itu.

Perkongsian Marissa itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Ada yang meluahkan rasa simpati terhadap Marissa dan ibu kerana diduga dengan dugaan seperti itu dan ada juga yang menempelak sikap anak gadis itu yang didakwa membuka aib bapa sendiri memandangkan mereka berdua telah pun sah bercerai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisyah hijanah
1 year ago

(VIDEO) Aisyah Hijanah Dapat Jambangan Ros Bernilai RM1.6K, 'Peminat Misteri' Tampil Buat Pengakuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...