Seperti diketahui ramai, sejak 7 Januari yang lalu, kebakaran di hutan Los Angeles (L.A) yang mula marak telah mencetuskan kekecohan dan meraih perhatian penduduk di seluruh dunia kerana hanya dalam beberapa hari, air yang marak mula meliputi kawasan seluas 29,000 ekar atau 45 batu persegi, bersama dua kali saiz Manhattan.
Kemarau luar biasa, tiupan angin kencang
Melalui laporan media luar, punca mengenai kebakaran ini berlaku masih dipertimbangkan kerana difahamkan, petir yang merupakan punca kebaran paling biasa AS disahkan bukan penyebab kebaran di Palisades dan Eaton.
Malah, tiada petunjuk rasmi yang mengatakan punca kebakaran adalah datang daripada perbuatan khianat atau talian utiliti.
Keadaan mula memburuk susulan kemarau luar biasa, di mana pusat bandar LA hanya menerima 0.16 inci (0.4 cm) hujan sejak Oktober tahun lalu. Tiupan angin kencang di persisir pantai Santa Ana juga menyumbang keadaan bertambah buruk.
Adakah ini punca ‘sebenar’ kebakaran di LA berlaku?
Menurut laporan, perubahan drastik antara tempoh kering dan basah dalam beberapa tahun yang lalu mencipta sejumlah besar tumbuhan kering seperti tinder yang mudah terbakar, jadi penyelidikan AS yakin mengaitkan perubahan iklim dengan kebakaran hutan lebih dahsyat berlaku di kawasan barat bandar itu.
Perubahan iklim, termasuk peningkatan suhu, kemarau yang berpanjangan dan atmosfera yang lebih kering, telah menjadi pendorong utama dalam meningkatkan risiko dan skala kebakaran hutan di barat AS.
Difahamkan, kebakaran mula berlaku di Pacific Palisades pada jam 10.30 pagi, di mana ia merupakan kawasan yang paling terjejas teruk dan ada potensi menjadi ‘kebakaran paling merosak’ dalam sejarah negeri terbabit.
Beberapa kawasan yang terjejas
Tidak sekadar negeri itu, pegawai bomba California memaklumkan terdapat tiga lagi kebakaran besar lain yang berlaku yang sedang marak iaitu di Eaton, Hurst dan Kenneth.
Bahkan, beberapa kebakaran lain turut tercetus di sekitar LA, di mana kawasan perumahan selebriti-selebriti popular Hollywood turut dijilat oleh api yang marak.