Syura Badron Syukur Dapat Bayaran RM3,000

Hiburan

Syura Badron Syukur Dapat Bayaran RM3,000

Menganggap bayaran RM3,000 diperolehnya daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud pada pertengahan Mei lalu, pelakon dan penyanyi Syura, zahir rasa syukur dan menganggap bayaran itu sebagai rezeki Aidilfitri,

syura

Advertisement

Akui hanya menerima 24 peratus sahaja daripada jumlah penuh yang dijanjikan, Syura berkata masih ada tunggakan baki bayaran kira-kira 76 peratus lagi yang belum dilunaskan pihak berkenaan.

Tambah Syura, beliau seakan redha dengan jumlah bayaran yang mampu dibuat oleh Fauziah. Malah menyatakan bayaran berkenaan boleh dijadikan sebagai persiapan Aidilfitri.

Menurut Syura, dirinya tidak suka mendesak, namun anda terus berdiam diri ia mampu mengeruhkan lagi keadaan kerana kerja yang dilakukan telah lama selesai tetapi bayaran berkenaan masih belum dilunaskan seratus peratus.

“Saya sebenarnya tak suka mendesak, namun dalam hal ini kalau terus berdiam diri pun tak boleh juga. Kerja dah lama selesai tapi bayaran masih belum dilunaskan, dan situasi itu sangat mengecewakan.

Bagaimanapun, Syura tetap berterima kasih kepaa Fauziah dengan bayaran berkenaan, namun tetap menanti bayaran selebihnya yang diberitahu mungkin dilangsaikan sekitar Jun ini.

syura

Meskipun begitu, Syura yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu tetap menghargai usaha Fauziah yang bertungkus-lumus mengumpul kewangan bagi melunaskan segala kesulitan pembayaran yang berlaku.

Untuk rekod, teater yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 28 Februari hingga 1 Mac itu diarahkan oleh Khir Rahman dan diterbitkan oleh produksi Ogy Ventures & Network.

Selain Syura, barisan pelakon lain ialah Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Man Raja Lawak, Azmi Caliph Buskers, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...