Penyanyi dan pelakon, Syura Badron menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya menggunakan dapur mudah alih sehingga menyebabkan suami tersayang melecur satu badan di sebuah inap desa di Perlis barubaru ini.
Ujar Syura, dia terpanggil untuk menafikan dakwaan itu kerana menerima terlalu banyak dakwaan fitnah selain ramai yang beranggapan suaminya itu tidak mementingkan keselamatan di dapur.
Yang pertama adalah penggunaan tong gas. Saya menggunakan tong gas biasa sahaja dan bukanlah ‘induction cooker’ atau ‘portable gas cooker’ yang selalu dibawa orang ke mana-mana.
Jelas Syura, dia merasakan punca letupan tong gas itu adalah kedudukannya yang berada dalam kabinet dapur tertutup.
Kalau nak cakap tentang punca, saya memang tak tahu apa punca sebab memang dapur itu meletup secara tiba-tiba.Kedudukan tong gas pula di bahagian dalam kabinet yang tertutup dan ketika itu tiada sebarang bau.
Kemungkinan besar adalah sebab gas bocor dan berkumpul dalam kabinet sehingga menyebabkan meletup.
Pelantun lagu Nazam Berkasih itu juga memaklumkan dia tidak membuat laporan polis atau bomba kerana memikirkan nasib pemilik inap desa tersebut.
@syurabadron86 Tolong jangan salah info lagi.. saya rasa bertanggungjawab untuk clear kan semua, supaya korang dapat info yg betul.semoga bermanfaat dan jaga keselematan ye semua .. ??
Selepas kejadian itu, saya dan suami langsung tak ada buat laporan polis dan bomba untuk sebarang siasatan mengenai punca letupan.
Kami tak buat laporan sebab fikirkan pemilik inap desa tersebut, sudah pastinya mereka akan dapat masalah.
Jadi, saya pun taknak panjangkan kes dan hanya hubungi tuan rumah sahaja selepas kejadian itu berlaku selain tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.
Terdahulu, Syura ada berkongsi keadaan suami, Muhammad Farizat yang dimasukkan ke hospital kerana melecur satu badan akibat insiden tong gas meletup ketika mereka menginap di sebuah ‘homestay’ di Perlis, Jumaat lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.