“Syukurlah Ada Yang Tegur” – Cikgu Tak Boleh Terima Ditegur Dai’ Fuad Sebab Joget Di TikTok, Netizen Perli Semula

Kehidupan

“Syukurlah Ada Yang Tegur” – Cikgu Tak Boleh Terima Ditegur Dai’ Fuad Sebab Joget Di TikTok, Netizen Perli Semula

Baru-baru ini, pendakwah bebas Dai’ Fuad ada menegur seorang guru wanita di platform TikTok kerana sakan berjoget di platform media sosial berkenaan.

Malah, di dalam ruangan komen video guru terbabit, Dai’ Fuad meninggalkan respon agar individu terbabit membuang gelaran ‘guru’ yang dimilikinya.

Advertisement

Susulan ditegur, cikgu terbabit tidak mendiamkan diri dan membalas semula komen pendakwah tersebut bahawa sekali sudah menjadi guru, gelaran tersebut tidak boleh dilucut lagi.

Dalam penjelasan lain, Dai’ Fuad ada memberitahu niatnya bukan untuk menguriskan hati mana-mana pihak, namun risau jika kerosakkan akhlak pelajar-pelajar berlaku disebabkan guru berkelakuan sedemikian.

komen netizen

komen netizen

Jika meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen memihak kepada pendakwah itu dan meminta cikgu wanita tersebut terbuka hati menerima teguran daripada berbalah.

Dalam pada masa yang sama, ada juga memerli bahawa seorang guru memang susah untuk menerima teguran daripada orang lain dan menasihati guru lain menjadikan hal ini sebagai iktibar.

2 years ago

"Lemahlah Korang Ni" - Viral Guru 'Siram' Air Pada Pelajar Tertidur, Ramai Rupanya Yang Sokong?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...