Syukur ‘The Kampung Boy’ Bintangi Telefilem Bergandingan Dengan ‘Hantu Kak Limah’

Trending

Syukur ‘The Kampung Boy’ Bintangi Telefilem Bergandingan Dengan ‘Hantu Kak Limah’

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah yang dilalui oleh seorang remaja, Mohd Syukur Khamis, 14, yang pernah tular kerana keakrabannya dengan sekawanan kerbau.

syukur

Advertisement

Sejak dikenali nasibnya berubah daripada seorang anak kampung yang hanya tahu bergelumang dengan selut dan haiwan peliharaan, kini bergelar pelakon pula.

Dia yang terkenal dengan julukan “Mowgli Malaysia’ memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Raya Di Hujung Tanduk sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

syukur

Malah bukan calang-calang gandingannya dalam telefilem tersebut kerana pelakon hebat seperti Delimawati Ismail yang terkenal dengan watak ‘Hantu Kak Limah’ turut berlakon.

syukur

Menurut Syukur, dia sangat seronok menjalani penggambaran telefilem itu yang memberi pengalaman baharu kepadanya dan tidak sabar untuk menyaksikan hasil lakonannya itu serta menantikan reaksi penonton.

syukur

Sementara itu, abang Syukur iaitu Muhamad Alias memberitahu adiknya itu turut menerima tawaran drama berepisod, tetapi masih dalam proses perbincangan selain menjalani penggambaran bersama Majalah 3.

Sumber Berita: Harian Metro Online

Kredit Foto: Facebook Syukor Khamis-Kampung Boy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...