Syukur Kelab Peminat Bijak Atur Strategi, Mawar Rashid Dedah Ramai Tak Tahu Proses Undian

Hiburan

Syukur Kelab Peminat Bijak Atur Strategi, Mawar Rashid Dedah Ramai Tak Tahu Proses Undian

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila kemenangan pelakon Mawar Rashid yang diangkat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) tempoh hari seakan menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Advertisement

Rata-rata mereka seolah tertanya-tanya filem apakah yang dilakonkan Mawar kerana wujud segelintir pihak tampil memaklumkan langsung tidak tahu akan lakonan di layar perak.

Enggan berdiam diri, Mawar tampil menjelaskan kemenangan itu adalah berdasarkan undian peminat.

Hal ini kerana, kejayaan tersebut adalah datang daripada kerja yang dilaksanakan peminatnya yang tidak putus-putus mengundi sehingga kemenagan berpihak kepadanya.

“Semua sedia maklum kemenangan dalam ABPBH ini berdasrkan undian peminat. Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.”

Katanya lagi, orang ramai khususnya netizen seakan tidak tahu akan proses undian yang dijalankan pihak penganjur untuk memenangi anugerah berkenaan.

“Ramai yang tak tahu proses undian berpuluh ribu itu datang daripada pembelian satu peranti telefon selain dari proses scan QR code dengan jumlah 700 setiap kali scan. Jadi boleh bayangkan tak bagaimana usaha mereka. Sebagai contoh kenapa orang pertikaikan 22 juta undian Haqiem sedangkan peminat dia mengundi mengikut apa yang sistem ABPBH laksanakan.”

Dalam pada itu, Mawar juga menegaskan individu yang mempertikaikan kemenangannya mempunyai hak untuk bersuara.

“Mereka yang pertikaikan kemenangan ini ada hak untuk bersuara. Tapi saya mahu jelaskan perkara ini sebab nak pertahankan usaha kerasa kelab peminat dan keluarga saya.”

Mawar yang memuji kelab peminatnya yang pandai mengatur strategi dengan mengundinya telah berjaya menepis beberapa calon hebat lain antaranya Mira Filzah, Fazura, Mimi Lana dan Nabila Huda dalam kategori tersebut.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...