October 9th, 2020

Sudah hampir setahun bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, penyanyi Zamani (Slam) mengakui dirinya bersyukur kerana telah berkahwin sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim,49, berkata kini kehidupannya lebih teratur dan bahagia kerana mempunyai isteri di sisi.

Malah, penyakit tulang belakang yang dideritanya sejak sekian lama semakin menunjukkan peningkatan yang baik dan memberansangkan.

“Alhamdulillah..keadaan saya okay saja dan bersyukur selepas kahwin ini dah ada orang jaga. Nasib baik juga saya berkahwin sebelum pandemik COVID-19 dan perlaksanaan PKP. Kalau tak, sebelum ni duduk rumah seorang diri. Cuma masalah dari segi kesihatan saja. Sekarang ini saya masih jalani rawatan chiropractic. Saya harap-harap okay sebab nampak ada progress. Tapi dah mula banyak kerja nanti, saya tak tahu lagi macam mana.”

Zamani yang ditemui ketika sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi di KLCC pada rabu lalu mengatakan bahawa dirinya hanya berada di rumah dan berehat sahaja.

Ketika ditanyakan perkembangan terkini, Zamani berkata konsert yang bakal dianjurkan itu tidak sama sekali mematahkan semangat meskipun keadaan kesihatannya tidak 100 peratus baik.

Dalam pada itu, dia berharap Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang menawarkan tiket berharga RM 700, RM 360, RM 260, RM 200, RM 160 dan RM 130 itu akan mengembalikan zaman kegemilan kumpulan Slam seperti suatu ketika dahulu.

Sumber : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...