Pelakon versatil, Vanidah Imran meluahkan rasa syukur kerana impiannya selama ini untuk bergelar pensyarah kini tercapai.
Dia yang memuat naik foto sedang menjalani kelas kuliah secara atas talian bersama para pelajarnya itu di ruangan Instagram telah mencuri perhatian peminat.
“ODL lagi semester ni. Haih bertabahlah pelajar-pelajarku. Semester akhir, perjuangan terakhir. Anda boleh lakukannya. Saya harus mendapatkan laptop baharu secepat mungkin,”
Difahamkan Vanidah kini bergelar pensyarah di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di salah sebuah universiti tempatan.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah malah Vanidah turut membalas satu komen peminat di mana dia bersyukur kerana impiannya selama ini telah tercapai.
Buat Vanidah Imran, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas sebagai pensyarah untuk anak bangsa!