Syukur Dapat Tunaikan Haji, Peminat Tak Sangka Afgan Penganut Agama Islam – “Dia Ada Anjing Peliharaan & Pernah Minum..”

Hiburan

Syukur Dapat Tunaikan Haji, Peminat Tak Sangka Afgan Penganut Agama Islam – “Dia Ada Anjing Peliharaan & Pernah Minum..”

Baru-baru ini, penyanyi popular berasal dari Indonesia iaitu Afgan ada memuat naik hantaran di media sosial memaparkan dirinya sedang menunaikan haji.

Afgan tunai Haji tapi ramai terkejut?

Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai, di mana peminat serta kenalannya mengucapkan ucapan Hari Raya Aidiladha buat Afgan serta mendoakan agar ibadah Haji diterima oleh Allah SWT.

Advertisement

Hantaran tersebut telah mengejutkan orang ramai susulan kebanyakannya menyangkakan penyanyi berkenaan bukan penganut agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afgan (@afgan__)

Ada haiwan peliharaan anjing & didakwa minum alkohol

Sangkaan tersebut timbul selepas Afgan sering berkongsikan foto bersama haiwan peliharaannya iaitu anjing yang diberi nama Coco di media sosial.

komen netizen

Bukan saja sering bergambar bersama anjing peliharaannya, malah ada yang mendakwa Afgan pernah meminum air alkohol (soju) ketika dia hadir sebagai tetamu undangan di salah sebuah realiti show di Korea.

Namun begitu, sebelum ini Afgan pernah memaklumkan dirinya akan membasuh diri dengan tanah bersih selepas memegang Coco.

afgan
1 year ago

"Bertahun-Tahun Masih Belum Dapat Jawapan.." - Afgan Kucup Dahi Rossa Depan Orang Ramai, Peminat Nak Tahu Hubungan Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...