Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Syukur Alhamdulillah..” Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Sumbangan Kepada Individu Terkesan Tragedi Letupan Kereta

Neelofa

Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi namun ianya ternyata tidak pernah mematahkan semangat selebriti terkenal, Noor Neelofa untuk membuat kebajikan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa yang dianjurkannya.

Difahamkan, Neelofa menerusi pertubuhannya itu telah tampil memberi sumbangan kepada 11 keluarga di Flat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang baru-baru ini terkesan akibat tragedi letupan sebuah kereta pada hari Jumaat yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Memetik sebuah laporan akhbar, sumbagan tersebut telah disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu iaitu Nezalani Nawi.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Perkara tersebut turut diwar-warkan Neelofa menerusi satu hantaran di Instagramnya di mana bekas pengacara MeleTOP itu telah menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan, pihaknya telah berjaya menyerahkan infaq kepada golongan yang memerlukan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Neelofa menyatakan rasa syukur dan turut mendoakan agar segala urusan dalam pemberian infaq itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    June 19, 2021 at 11:20 pm

    hmmm. gali lubang tutup lubang. bukak ruang buat org nyampah tutup dgn feeds agamawan. blerghhhh. so predictable.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top