Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi namun ianya ternyata tidak pernah mematahkan semangat selebriti terkenal, Noor Neelofa untuk membuat kebajikan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa yang dianjurkannya.
Difahamkan, Neelofa menerusi pertubuhannya itu telah tampil memberi sumbangan kepada 11 keluarga di Flat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang baru-baru ini terkesan akibat tragedi letupan sebuah kereta pada hari Jumaat yang lalu.
View this post on Instagram
Memetik sebuah laporan akhbar, sumbagan tersebut telah disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu iaitu Nezalani Nawi.
View this post on Instagram
Perkara tersebut turut diwar-warkan Neelofa menerusi satu hantaran di Instagramnya di mana bekas pengacara MeleTOP itu telah menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan, pihaknya telah berjaya menyerahkan infaq kepada golongan yang memerlukan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Neelofa menyatakan rasa syukur dan turut mendoakan agar segala urusan dalam pemberian infaq itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.