Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan sesi rakaman Live oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama dua orang anaknya iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra.
Menerusi video tersebut, seorang pengguna TikTok telah bertanyakan soalan kepada anak-anak Aliff Syukri tentang perasaan mereka menjadi anak kepada usahawan berkenaan.
Syok ke jadi anak Datuk Aliff Syukri?
Tampil menjawab soalan, Ammar dan Qadejah berkata terdapat kelebihan dan juga kekurangan dalam jawapan tersebut.
Sejujurnya, apa yang saya nampak kan, waktu saya muda dulu, saya ingat ayah saya ni kejam sangat, macam orang zalim.
Namun, apabila usia mereka semakin meningkat, Ammar berkata dia mula faham dengan apa yang dilakukan oleh bapanya itu adalah demi kebaikannya sendiri.
Tapi sekarang saya makin besar, saya faham lah kenapa dia buat macam ni, ada lah perubahan dalam hidup saya bila saya ikut nasihat-nasihat ayah saya.
Dulu saya punya posture saya bengkok, abah cakap badan kena lurus, nanti banyak orang akan nampak kita pelik.
Bukan itu sahaja, Ammar turut mendedahkan dia turut mempunyai masalah percakapan namun selepas dipaksa oleh bapanya untuk membaiki percakapan di hadapan kamera, dia mula sedar perubahan di dalam dirinya.
Sebenarnya saya ni ada masalah percakapan, kadang-kadang saya akan gagap. Tapi sekarang saya dah okay dah, saya boleh cakap betul-betul dan berkata dengan jelas.
@kakn79 Live Bersama D’ato Aliff,Ammar & Khadeja ?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.