Susulan berita mengenai suami kepada pelakon Miera Leyana culas memberi nafkah kepada isteri pertama menjadi perhatian, kebanyakkan netizen telah menghentam pelakon tersebut di platform media sosial.
Biarpun foto terakhir di muat naik pada bulan lalu, netizen mengambil peluang untuk mengecam suami, Rosland Othman dan Miera di ruangan komen foto pelakon wanita tersebut.
View this post on Instagram
Lihat pada komen netizen, rata-rata netizen terkejut setelah mengetahui hal yang dilakukan oleh Rosland dan meminta Miera bayangkan jika situasi tersebut berlaku pada dirinya serta anak perempuan, Rachel Aisyah.
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen mendakwa pelakon tersebut punca utama suami berbuat sedemikian kepada isteri pertama kerana sama sekali tidak menasihati untuk memberi nafkah kepada keluarga pihak sana.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pelakon drama Hotel Mania itu sempat memuat naik video hantaran di IG Story sedang menonton perlawanan bola dan suaminya juga turut berada di situ.
Sekadar info, Rosland Othman telah berkahwin dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib hampir 20 tahun lebih dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Namun, difahamkan Rosland sudah tidak memberi nafkah kepada mereka sejak September 2021, malah menyekat nombor isteri pertama di aplikasi WhatsApp.