“Syirik Main Bomoh Tapi..” – Aliff Syukri Akui Ada Pendinding Bagi Lariskan Bisnes

Trending

“Syirik Main Bomoh Tapi..” – Aliff Syukri Akui Ada Pendinding Bagi Lariskan Bisnes

Dalam satu temubual bersama media, Datuk Aliff Syukri mendedahkan bahawa masih ada segelintir usahawan zaman kini yang bergantung kepada khidmat bomoh untuk melariskan jualan mereka.

Katanya, ramai bertanya bomoh mana yang digunakannya kerana perniagaannya kekal berjaya, namun dia menegaskan tidak pernah menggunakan bomoh kerana itu perbuatan syirik.

Advertisement

Menurutnya, ada yang tidak percaya dan menuduhnya menipu kerana bisnesnya bertahan lama. Aliff mengakui pernah terfikir untuk mencuba kerana tergoda melihat kejayaan pantas sesetengah perniagaan, namun membatalkan niat tersebut,

Tapi jangan risau, saya tak buat pun sebab takut tiba-tiba esok atau lusa mati, macam mana?

Lelaki itu juga menyatakan bahawa dunia perniagaan penuh dengan helah, termasuk penggunaan bomoh untuk menarik perhatian pelanggan. Ada peniaga yang baru setahun sudah mampu beli kereta dan rumah mewah, mungkin kerana guna bomoh atau menipu.

Bagi melindungi diri, Aliff mengamalkan bacaan ayat al-Quran dan selawat sebelum bersiaran langsung serta berhati-hati menerima makanan atau minuman dari orang tidak dikenali.

qayyum aliff syukri
2025-07-25 14:28:54

Keadaan Bekas Anak Angkat Aliff Syukri Jadi Tanda Tanya, Netizen Dakwa Ibu Kandung Scammer?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...