Hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.
Tidak mahu dirinya terus dikritik, Syifa tampil mempertahakan diri dan menafikan dia memaksa Safawi untuk berkahwin sehingga pemain bola sepak itu tertekan serta hilang fokus ketika bermain di atas padang.
Malah, Syifa turut menegaskan dia bekerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang dari kekasihnya itu.
Sebelum ini, hubungan pasangan kekasih merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang percintaannya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu. Terdahulu, Safawi juga pernah membuat kejutan romantis dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada Syifa.
silverspoon
March 5, 2020 at 10:43 am
instead of salahkan syifa dan boyfriend, kenapa tak salahkan kerabat yang post perkara private ini ke 1 dunia? hingga escalated jadi besar macamni? double standard much!! kesian dengan mangsa keadaan.. i hope syifa will find her peace and resolve this issue with her boyfriend privately dan secara bijak berhemah
Anonymous
March 5, 2020 at 9:54 am
Betul. Loser la safawi nie. Just leave him syifa
bukan syifa
March 5, 2020 at 9:46 am
setuju!
Bawang
March 5, 2020 at 9:45 am
Tinggalkan lelaki jenis mcm ni…
Anonymous
March 5, 2020 at 9:13 am
lelaki mcam ni, bila mereka salahkan kepada orang lain atas diri sendiri, memang seorang lelaki tak guna. Tak sokong Syifa ni tapi seorang lelaki menolak kesalahan pada yang lain adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Lelaki sejati kalau salah diri perbaiki dan tahu diri sendiri penyebab bukan orang lain. Kalau dia tak perform sebab kemaruk cinta dan stress itu salah dia sebab tak dapat mengawal situasi.