Syifa Melvin Akui Gagal Matematik Dalam SPM, Tapi Tak Bodoh Kira Duit

Hiburan

Syifa Melvin Akui Gagal Matematik Dalam SPM, Tapi Tak Bodoh Kira Duit

Menerusi sebuah posting di laman Instagram baru-baru ini, adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin berkongsi kisah inspirasi semasa berada di bangku sekolah. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar itu berkata, pelajarannya merosot dan berubah menjadi pemalas apabila memasuki tingkatan empat.

syifa melvin bodoh matematik

Advertisement

Meskipun tidak malu mengakui bahawa dirinya lemah daam mata pelajaran Matematik, namun Syifa akui beliau terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UITM) kerana gagal Matematik dalam SPM.

“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling teruja nak jawab ujian Agama,Bahasa Melayu dan Sastera sebab tu ja yang aku mahir hahahaha. Mai kertas Matematik sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk!”

Menurutnya, ketika menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) lagi, juga beliau memang tidak cemerlang dalam subjek berkenaan. Hal ini kerana, sikap malasnya itu mendorong dirinya menjadi lembab dan “benak” dalam matematik.

Bagaimanapun, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat Syifa untuk terus belajar dan menyambung pengajian di menara gading. Beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke university swasta kerana tidak layak untuk ke UiTM.

Dalam pada itu, beliau sempat menyakat dirinya, meskipun dia kurang mahir dalam subjek Matematik tetapi tak ‘bodoh’ untuk mengira duit.

syifa melvin bodoh matematik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji sikap cekal yang terpahat di hati Syifa. Malah turut menyatakan Syifa seakan tabah menghadapi dugaan kerana kini beliau telah berjaya dalam perniagaan yang diusahakan bersama adik beradiknya.

Namun ada juga seolah menyindir Syifa dengan bertanya sama ada beliau pandai atau tidak mengira duit kekasihnya iaitu Safawi Rashid.

syifa melvin bodoh matematik

Tidak mahu berdiam diri, Syifa tampil membalas komen tersebut dengan menyatakan dirinya langsung tidak hidup dengan duit Safawi kerana selama ini beliau berusaha mencari rezeki tanpa bergantung pada orang lain.

Dek kerana terlalu penat dengan soalan sebegitu, Syifa juga turut memohon kepada pengikutnya agar berhenti bertanyakan soalan yang kurang cerdik dan mengharapakan supaya Tuhan mengampunkan dosa insan tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...