Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

Bersetuju panggilan ‘bimbo’ sering dikaitkan dengan perempuan yang mempunyai penampilan menarik, pelakon dan usahawan, Syifa Melvin akui perkara tersebut bukanlah satu permasalahan.

Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

Advertisement

Katanya, setiap orang juga mempunyai ruang dan peluang untuk belajar jika tidak berpengetahuan dan mengetahui sesuatu perkara.

“Wanita dengan penampilan cantik dan menarik dikaitkan dengan panggilan bimbo itu sudah biasa kita dengari. Kadang-kadang, ada yang buat perkara terbabit sebagai satu lawak jenaka. Bagi saya, ia tak menjadi masalah. Andai tidak tahu dalam sesuatu perkara, semua orang ada ruang dan peluang untuk belajar dan berubah menjadi individu yang lebih baik.”

Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

Syifa sebelum ini pernah dikecam warganet di laman Twitter kerana didakwa menjadi punca prestasi pemain bola Safawi Rasid merudum, namun kini bangkit semakin sukses menonjolkan kredibiliti dalam dunia perniagaan kosmetik dan merasakan hasil kejayaannya adalah kerana ikatan utuh antara adik beradik.

Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

Terdahulu, Syifa bersama adik beradiknya yang terdiri daripada Syatilla, Syida dan Syafiqa Melvin bersyukur apabila kini telah bergelar jutawan pada usia yang muda. Malah yakin bahawa segala yang diperoleh kini adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian Allah SWT.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Elliza Razak

    September 24, 2020 at 7:10 pm

    SEMOGA SELAMAT BERSARA DARI DUNIA LAOKNAN..

  2. Elliza Razak

    September 24, 2020 at 7:01 pm

    ????

  3. Anonymous

    September 24, 2020 at 3:25 pm

    ?

  4. Anonymous

    September 24, 2020 at 3:23 pm

    ?

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top